Bukan mudah untuk ibu bapa yang membesarkan anak autisme. Di sebalik senyuman dan usaha untuk memberikan kehidupan terbaik buat anak, ada banyak cabaran serta emosi yang terpaksa dipendam sendiri.
Begitulah yang dirasai oleh komposer dan penerbit muzik terkenal, Edrie Hashim yang meluahkan rasa terkilan terhadap tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai autisme yang disifatkannya masih terlalu rendah.
Menerusi hantaran di Threads, Edrie berkata bukan mudah untuk ibu bapa yang menguruskan anak autisme terutama ketika mereka mempunyai kehendak tertentu sehingga boleh menyebabkan berlakunya situasi tantrum.
“Anak autisme ni kalau dia nak, dia nak lah. Dia nak makan situ, situ lah. Kalau nasib baik dia dengar cakap, kalau nasib tak baik kena cakar, tantrum, menjerit.”
Edrie yang turut mempunyai pengalaman sendiri membesarkan anak autisme mengakui situasi sedemikian boleh membuatkan ibu bapa berasa tidak berdaya, letih, marah dan kecewa.
Malah, mereka juga masih dalam proses belajar untuk memahami serta mengendalikan keadaan anak masing-masing.
Artikel berkaitan: “I’m honestly torn in between” – Arena Wan Sedih Isu Keluarga Tular, Akui Tak Setuju Dengan Apa Yang Terjadi
Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Perkembangan Seth Uwais Sempena Hari Autisme, Bangga Anak Kini Makin Bijak
Pada masa sama, Edrie menegaskan tiada ibu bapa yang menginginkan anak mereka melalui keadaan sedemikian.
Jelasnya, apa yang diharapkan hanyalah sedikit kefahaman daripada masyarakat terhadap cabaran yang perlu dilalui setiap hari.
“For a frustrated parents, we are helpless, letih, penat, marah, still learning to cope! Takde orang (ibu bapa) nak anak dia macam tu,” luahnya.
Menurutnya, meskipun anak istimewa sering dianggap sebagai anugerah, hakikatnya ibu bapa juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada rasa penat dan kecewa.
“Hence we wish the world would understand 1% our frustration with the whole ‘ANUGERAH’ thing… never entitled… but penat, sepenatnya… tapi ALLAH DAH ANUGERAH kan? … ya ok kita jalan terus…”
View on Threads
Difahamkan, luahan itu dimuat naik susulan isu membabitkan keluarga Adam’s Autism Family yang tercetus di media sosial baru-baru ini.
Untuk rekod, Edrie sebelum ini pernah berkongsi pengalaman membesarkan anaknya, Darren Haikal yang didiagnosis autisme sejak berusia setahun.
Sumber: Threads
