Kisah curang dari negara seberang, Indonesia ini mendapat perhatian netizen sejak semalam, malah ianya turut tular sehingga ke Malaysia.
Ia melibatkan pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan dan isterinya Azizah Salsha di mana isterinya itu didakwa telah berlaku curang dalam perkahwinan mereka.
Artikel berkaitan: “Hilang sejak 2023” – Suami Hilang Selama Setahun, ‘Influencer’ Indonesia Terkedu Rupa-rupanya...
Artikel berkaitan: “Banyak kali saya maafkan” – Ananda Natasha Buka Mulut, Andika Pernah Curang Ketika Anak Usia 3 Tahun
Azizah disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan Salim Naudrer yang merupakan kekasih teman baiknya, Rachel Vennya.
Khabar angin ini bermula apabila Rachel dikatakan telah meninggalkan komen emoji ular di Instagram Azizah, emoji itu sinonim dengan mereka yang menipu atau menikam belakang.
View this post on Instagram
Pun begitu, Rachel mengesahkan bahawa dia dan Salim sudah tiada hubungan, dia juga memberitahu tiada unsur orang ketiga dalam perhubungan mereka.
Namun, ketika keadaan semakin kecoh di media sosial, tiba-tiba muncul sebuah video lucah memaparkan seorang wanita mirip Azizah yang sedang membuat panggilan video dengan seseorang.
Terbaru, Pratama dan Azizah menerusi laman Instagram masing-masing berkata hubungan mereka berdua dalam keadaan baik, malah Pratama juga memuat naik gambar detik-detik pernikahan mereka berdua.
Sebagai info, Pratama dan Azizah bernikah pada 20 Ogos 2023, di Masjid Indonesia, Tokyo, Jepun.
Sumber: Viva Indonesia