in

Suami Kantoi Curang Belasah Isteri Baru Habis Pantang Mengaku Tak Bersalah

Belasah Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki yang videonya tular pada minggu lalu kerana memukul isterinya yang baru habis berpantang selepas dikatakan kantoi curang di sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Tertuduh iaitu Mohd Ridwan Mat Nasir, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan dibacakan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunakan kekerasan terhadap isterinya berusia 38 tahun di sebuah hotel di Port Dickson pada jam 9.50 pagi, 24 Mei 2024.

Artikel berkaitan: “Sanggup kau bang” – Isteri Dipukul Lepas Suami Didakwa Kantoi ‘Check-In’ Dengan Perempuan Lain

@_itsmetrishaa91

CURANG #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihanbukanpaksaan #curang #portdikson #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #penyondollakiorang

♬ Masing Masing – Encik Senget

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan, yang mana boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pihak pendakwa menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan tertuduh lulusan politeknik yang kini bekerja sebagai juruteknik Syarikat Air Selangor merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,500 dengan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa. Sebutan semula kes akan dilakukan pada 23 Julai depan.

Menerusi laporan polis, akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.