in

“Stop la dengan mentaliti sampah tu” – Kalah Kepada Pasukan Malaysia, Penyokong Indonesia Baling Batu & Air Kencing Pada Ultras Malaya

Gapo Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sengit, namun kita akhirnya beroleh kejayaan!


Admin pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada Team Malaysia kerana berjaya menumbangkan Indonesia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik aksi pertama Kumpulan G bagi kelayakan Piala Dunia 2022 semalam.

51567695035 Harimaumalaya
Syafiq ahmad menjaringkan gol penyamaan | sumber: astro awani

Meskipun kita beroleh kejayaan, nampaknya ada perkara yang berlaku semasa perlawanan semalam yang buat ramai penyokong Malaysia tak senang duduk.

Melalui perkongsian netizen di Twitter, rata-rata penyokong Malaysia katanya diserang dengan batu dan objek keras termasuklah air kencing daripada penyokong Indonesia. Uish gilalah! 

 

“Ultras Malaya datang disambut dengan balingan batu” 

Menurut satu video yang viral di Twitter, cabaran Malaysia sebenarnya dah bermula sejak dari nak masuk stadium lagi.

Kedatangan penyokong kita ke Stadium Gelora Bung Karno telah disambut dengan balingan batu daripada penyokong Indonesia. Nasib baiklah tak ada kecederaan teruk dilaporkan pada masa tu.

 

“Kami duduk dengan penyokong Malaysia dan tiba-tiba mereka baling objek macam botol air, objek keras, flares dan juga telefon!” 

Ketegangan antara dua negara ini nampaknya makin memuncak semasa perlawanan diadakan apabila penyokong Indonesia mula membaling pelbagai objek kepada penyokong Malaysia di dalam stadium.

Hal ini pula dikatakan berlaku selepas Syafiq Ahmad menjaringkan gol penyamaan 2-2 ke atas Indonesia.

Katanya siap ada baling air kencing lagi. Ish ini dah lebih ni! 

 

Terpaksa balik naik barracuda, penyokong Indonesia dah macam zombie??

Selepas Team Malaysia sah memenangi perlawanan bola sepak tersebut, pemain bola sepak kita dilaporkan terpaksa diiringi pegawai keselamatan untuk keluar dari stadium dan pulang menaiki kenderaan perisai barracuda. 

Malah ada yang siap kata lagak penyokong Indonesia ni dah macam scene dalam Train To Busan pulak. Aduhai! 

Walau bagaimanapun mujurlah tak ada perkara buruk yang berlaku meskipun 2 penyokong Malaysia cedera semasa pertembungan semalam dan kini sedang dirawat di hospital, lapor Astro AWANI.

Takutnya dengan situasi yang berlaku ni! Admin harap pihak FIFA akan ambil tindakan tegas ke atas penyokong bola sepak yang ganas macam ni. Setiap kali perlawanan bola sepak Malaysia vs Indonesia, mesti akan berlaku kejadian yang sama.

Moga-moga kejadian seperti ini tak berulang di masa depan. 

Baca: Netizen Mengamuk Ramai Jual Semula Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak RM150 Sekeping

Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.