Bak kata orang, nak berbisnes ni bukan saja kena ada pengalaman dan modal yang mencukupi, korang juga kena ada idea yang unik dan boleh menarik perhatian bakal pelangggan dengan produk kita.
Menerusi satu posting yang viral di Twitter, bisnes yang dijalankan oleh abang ni memang benar-benar unik dan menarik. Beliau telah menukarkan kenderaan Kia Sportagenya menjadi mini bar yang menyediakan kopi buat pelanggan.
“Siapa ada nampak brader ni area Ampangan, murahkan la hati berbelanja di kedai dia”
Menurut perkongsian netizen, brader ini telah menukarkan kenderaan kecilnya menjadi mini bar yang menjual kopi di kawasan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Kopi abang ni katanya bukan calang-calang tau. Mengalahkan Starbucks! Ramai di kalangan pelanggannya mengakui abang ni seorang barista yang hebat dan ‘speciality’nya pada membuat cafe latte!
https://twitter.com/MrAlhamdulillah/status/1169279712088092672
https://twitter.com/MrAlhamdulillah/status/1169302399548194816
“Harga machine tu lima angka bhai!”
Ada di kalangan netizen yang memperhatikan gambar kereta abang ini mengakui harga espresso machine di mini bar tersebut ternyata sangat mahal harganya! Wahhh siap ada estimate lebih kurang 2,000 USD! Hebat!
Bagi korang yang duduk Seremban ataupun nak ke Negeri Sembilan tu, bolehlah cuba kedai kopi abang ni. Kita support bisnes kecil-kecilan ni supaya mana tahu… lepas ni abang ni boleh keluarkan modal lebih sikit untuk buka kedai kopi sendiri pulak.
Semoga sukses!
Baca: “Otak bisnes ni” – Netizen Kagum Dengan Perniagaan Adik Darjah 2 Ni, Jana RM700 Sebulan