in

“Ini bukan ke pelanggaran SOP?” – Disyaki Positif Covid-19, MT UMNO Dikecam Muat Naik Gambar Melawat kawasan Tak Pakai Mask

Bb6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysiakini ada melaporkan bahawa Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Razlan Rafii telah dilaporkan terkena jangkitan Covid-19 selepas berkempen di Sabah dan kini sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya.


Lapor sumber lagi, Razlan pda waktu itu sedang berkempen di Sipitang dan Pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin menyatakan bahawa ia hanya disyaki dan belum disahkan lagi.

Disebabkan itu isu ini telah menjadi buah mulut orang ramai dan mengundang kemarahan mereka kerana…

 

Berjalan tak pakai mask

Sebelum dipadamkan, Razlan ada muat naik beberapa foto beliau sedang berkempen di Instagram.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah, dalam gambar tersebut Razlan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan kempen tersebut.

Eibpggmu0Aaxssr

Eibpgfzvgaaujrq

Netizen screenshot gambar tersebut dan tayang di Twitter dan tular sehingga meraih lebih 2,500 jumlah perkongsian sebelum ianya dipadamkan di Instagram Razlan sendiri.

 

Ini bukan ke pelanggaran SOP? – Netizen

Bb 12 Bb2 Bb3 Bb4 Bb5

Kemarahan netizen bertambah apabila Majlis Daerah Sipitang semalam ada membuat kenyataan terbuka berkenaan dengan notis penutupan tamu, gerai dan pasar malam di Sipitang kerana kes positif Covid-19 di daerah tersebut.

Tempat itulah dimana Razlan ada menjalankan kempen.

Eieucrsucaejeud

Kami doakan agar orang-orang di sana baik-baik sahaja, dan semoga pesakit sembuh. Aminn.

 

Baca : “Mask bukan untuk kami je!”- Bella Hadid Sengaja ‘Pose’ Depan Sekumpulan Polis Yang Tak Pakai Mask

Mask 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.