in

SPRM Akan Minta Bantuan Interpol Cari Menantu Muhyiddin & Peguam, Lari Lepas Tersenarai Dalam ‘Wanted List’

Sprm Menantu Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa dua lelaki termasuk menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dicari sebelum ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan siasatan didapati kedua-dua mereka berada di sebuah negara.


F3D2Qxebgaamwhu

Kita perlu mengeluarkan ‘wanted list’ (senarai orang dikehendaki) kerana mereka gagal hadir ke pejabat SPRM dan berkemungkinan sudah melarikan diri. Kita perlukan mereka untuk tindakan di mahkamah (pendakwaan).

“Kita syak mereka berada di luar negara tapi kita tidak boleh kongsikan di mana. Kita akan minta kerjasama polis dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk bekukan pasport mereka,” katanya.

SPRM akan minta bantuan Interpol 

Menurut Buletin TV3, SPRM juga akan meminta bantuan Interpol untuk mengesan menantu Tan Sri Muhyiddin dan seorang lagi individu yang merupakan peguam.

Pihak mereka akan memohon Notis Merah dan permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

SPRM juga pada masa yang sama meminta kerjasama PDRM dan Imigresen untuk membekukan pasport dua individu tersebut.

F3D2Qw A0Aaiilt

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas.

Individu kedua ialah seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5, Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Adlan dan Mansoor juga dilaporkan telah meninggalkan negara pada bulan Mei lepas.

Baca: SPRM Sita Duit Bernilai RM38 Juta & Emas 200KG Milik Seorang Datuk Terlibat Penyeludupan Barang Haram

Sprm

Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.