Ramai sedia maklum, mereka yang beragama Islam sangat menitikberatkan hal berkaitan kesucian dan kehalalan sebuah makanan.
Oleh itu, ia juga bukanlah satu perkara yang mudah bagi sebuah restoran mahupun penyedia makanan untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Apakah rasional di sebalik ini?”
Pun begitu baru-baru ini, peguam terkenal, Siti Kasim menerusi posting di Twitter telah mempersoal tindakan sebuah hotel di ibu negara yang mempunyai lif halal dan non-halal.
Dia kemudian bertanya apakah rasional di sebalik pembahagian lif kepada halal dan tidak halal ini.
Kawan saya ambil gambar ini dekat sebuah hotel. Boleh hotel ini jelaskan apakah rasional di sebalik ini?” tanya Siti Kasim.
“Barangan halal tak boleh dialihkan menggunakan lif yang sama digunakan untuk barangan non halal”
Pun begitu, persoalan Siti Kasim akhirnya dijawab oleh seorang netizen yang menyatakan makanan halal sebenarnya tidak boleh dialihkan menggunakan lif yang sama dengan makanan tidak halal.
So, what's next? Roads that carry non-halal stuff and Grab cars that carry passengers with non halal things? Where does it stop?
— Siti Kasim (@sitikasim) October 3, 2022
Namun Siti Kasim yang tidak setuju dengan jawapan itu membalas dengan sindiran sama ada selepas ini perlu diadakan jalan khas untuk membawa barangan tidak halal dan sebagainya.
Pertelingkahan kemudian berlaku di thread posting berkenaan yang mana rata-rata menjelaskan bahawa lif tersebut merupakan service lift dan Siti Kasim tidak patut mempersoalkannya kerana ia telah ditetapkan pihak hotel.
Salah satu keperluan untuk dapatkan sijil halal JAKIM
Walau bagaimanapun, memetik laporan dari The Star, pihak hotel berkenaan telah tampil memberi penjelasan akan hal tersebut dengan mengatakan ia adalah salah satu daripada keperluan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mendapatkan sijil halal supaya hotel berkenaan boleh menjalankan operasinya.
Malah pihak hotel juga katanya telah mengubah perkataan yang digunakan bagi papan tanda tersebut supaya ia lebih difahami pekerja dan pelanggan di hotel itu.
Oh barulah faham sekarang. Patutlah susah nak dapatkan sijil halal JAKIM. Mereka akan betul-betul pastikan segala proses bersih dan suci dari mula sampai akhir.
Baca: Pertubuhan Halal Di Jepun Tampil Beri Respon Lepas Ada Produk Babi Letak Logo Halal