Nampaknya bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain seperti Jepun juga ada berlaku isu produk makanan yang menggunakan logo halal tanpa sebarang pengesahan.
Perkara ini diketahui selepas pertubuhan yang bertanggungjawab dalam memberi sijil halal terhadap produk makanan di Jepun, Nippon Asia Halal Association (NAHA) tampil memberikan respon terhadap kes apabila ada produk babi yang meletakkan logo halal berada di pasaran.
Produk makanan perisa tulang babi
Jadi, menerusi Facebook rasmi NAHA, mereka menarik semula produk ini dari pasaran dan meminta pengguna untuk melaporkan kepada mereka jika terjumpa produk ini di kedai. Kenyataan itu dibuat khusus untuk umat islam di Malaysia dan Singapura yang mempertikaikan kesahihan mereka.
Dalam pada itu, NAHA juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mereka kerana ia adalah satu perkara yang dilarang dalam islam.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0rJuLTrqvomsU2fd17j7eQ45cGcyurVi5LijuC1brYG86JC44xvcbTM8xs6MJX7tol&id=233231456865138
Untuk info, NAHA merupakan salah satu daripada 6 badan yang terlibat dalam memberikan proses pensijilan halal terhadap sesuatu produk.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02VvV3NMRsuzaeTuT7mGp6PYaWisz3NyTiXrKwX2xh8VXMGr6XWmbu8N7c1a9mYTA8l&id=233231456865138
Berbalik kepada kenyataan yang diberikan mengenai produk, NAHA ada tampil memberikan respon pertikaian netizen yang mengatakan mereka adalah syarikat palsu dalam memberikan sijil halal.
“Orang Jepun mungkin kurang pengetahuan tentang Islam dan kesilapan berlaku dan lebih banyak kesilapan yang lebih besar berlaku di seluruh dunia oleh begitu banyak pengeluar yang berbeza dan badan pensijilan halal, jika kesilapan diperbetulkan maka Allah juga mengampuni, kami memohon orang Islam juga memaafkan.“