in

“Sisturr xnak jd penyebab”- Ditawarkan Muncul di TV, Rita Rudaini Tak Mahu Jadi Punca Kes COVID 19

Rita Rudaini Tolak Tawaran Masuk Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terpalit dengan kontroversi mengenai pendirian untuk tidak mengambil vaksin COVID 19, Rita Rudaini baru-baru ini tampil mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada sebuah stesen TV untuk mempromosi produk.


Menerusi posting di instastory pelakon ini, dia walau bagaimanapun telah membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut kerana bimbang dirinya belum divaksin dan takut menjadi punca kepada peningkatan kes.

 

“Boleh pulak ek nak guna orang tak beksin” 

Menurut Rita, dia berasa agak ‘pelik’ mengapa stesen TV tersebut mahu menggunakan khidmat orang yang tidak divaksin (merujuk kepada dirinya) dan bimbang perkara tersebut boleh mengancam nyawa orang lain.

Screenshot 2021 10 27 At 10.16.41 Am

Screenshot 2021 10 27 At 10.17.29 Am

Tambahnya lagi, kemunculannya sama ada di dalam talian atau live tetap juga dikira sebagai menggunakan perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID 19.

Muncul kat TV ke online ke offline ke.. kira guna perkhidmatan orang tak beksin jugak. Job jugak tu ye…

“So so so sorry sistur tak nak jadi penyebab or punca kes naik. So adil kan?” tulisnya.

Whatsapp Image 2021 10 14 At 3.51.17 Pm E1634199130158

Terdahulu, Rita pernah menyatakan pendiriannya sebagai Prosafe dan tidak mengambil vaksin kerana tidak yakin dengan keberkesanan suntikan tersebut.

Dia juga pada masa yang sama tidak mahu digelar sebagai antivaksin di atas pendirian tersebut.

Baca: “U olls can call me PROSAFE” – Rita Rudaini Nafi Diri Antivaksin

Rita Rudaini Prosafe 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.