Dalam pada sibuk menguruskan hal berkaitan perkahwinan yang bakal berlangsung pada tahun depan, Ayda Jebat kini juga dilihat sedang ligat mempromosi muzik video bagi lagu terbaru bertajuk ‘Parah’.
Namun apa yang tak bestnya, selepas memuat naik teaser muzik video (MV) tersebut di Instagram, ia menerima kritikan netizen yang mengatakan busana tunang kepada Nabil Mahir serta talent yang terlibat dalam MV tersebut kelihatan sangat seksi dan tak sesuai buat tatapan ramai.
Lagu Parah ini dah pun launch minggu lepas dan MVnya akan dilancarkan tak lama lagi. Berikut antara video pendek yang dimuat naik Ayda Jebat berkaitan muzik videonya yang bertemakan ‘The Goddess’.
https://www.instagram.com/p/CI8J2-0A_8i/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
https://www.instagram.com/p/CI-UEg_AOoC/?utm_source=ig_embed
“Nampak ketiak, perot, peha… parah betol”
Seakan-akan memerli Ayda, rata-rata netizen menyamakan pakaian artis terbabit tersangatlah ‘parah’ sama seperti judul lagu barunya itu.
Malah ada juga yang menegur, gaya video tersebut diambil dari bawah ke atas sangatlah tidak sesuai kerana ia memperlihat beberapa bahagian wanita yang tidak sepatutnya.
Apa-apapun ramai juga di kalangan netizen yang mendoakan semoga Ayda mendapat hidayah dan tidak memakai pakaian seksi lagi seperti dalam MV tersebut.
Harap-harap MV Parah ni taklah se’parah’ teaser yang kita tengok ni.