in

“Sibuk nak freedom of speech” –Anjur Protes Bantah Lockdown, Wanita 27 Tahun Dipenjara 90 Hari

Feature 1 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai rakyat Amerika Syarikat di Texas yang menyertai demonstrasi dan tunjuk perasaan kerana membantah arahan lockdown oleh kerajaan dalam menangani penularan wabak Coronavirus di negara itu. Padahal buat untuk kebaikan dorang jugak. 


Kali ini, seorang wanita yang menganjurkan protes anti lockdown pada minggu lepas di San Diego pula telah didakwa di mahkamah, lapor Daily Mail.

Amerika 1

Naomi Soria merupakan satu-satunya ahli tunjuk perasaan yang ditahan oleh pihak polis kerana menurut pihak berkuasa dia merupakan penganjur protes tersebut. Perbuatannya itu telah menggalakkan peserta lain untuk berkumpul secara beramai-ramai dan melanggar lockdown.

Amerika 3

Difahamkan, arahan untuk stay at home di San Diego, California telah dikeluarkan oleh Gabenor California, Gavin Newsom.

Wanita yang berusia 27 tahun itu didenda sebanyak $1,000 atau pun dipenjara selama 90 hari.

Seramai 400 penduduk telah menyertai demonstrasi tunjuk perasaan yang diadakan pada Sabtu lepas.

Namun, Naomi dikatakan akan menganjurkan demonstrasi yang kedua pada Ahad nanti kerana pihak berkuasa telah merampas haknya untuk bersuara.

Amerika 5

Bukan itu sahaja, dia juga meminta pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar peguam menerusi Facebook. Sempat lagi buat fundraising eh. 

Baik stay at home je sebab virus ni boleh membunuh. Dah la Amerika Syarikat sekarang ni merupakan negara yang paling tinggi bilangan kes positif Covid-19 dengan 842,624 kes. 

 

Baca: “Kalau berjangkit, kami boleh lawan!” – Tak Boleh Terima Kena #StayAtHome, Siap ‘Heret’ Anak Sekali Pergi Protes

Amerika

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.