in

“Siapa yang pedajal ni?” -Dipercayai Ada Tumpahan Minyak, Penunggang Motosikal Jatuh Terbabas

F4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taktik menumpahkan minyak di atas jalan raya sering kali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mencari duit mudah. Mangsa yang terlibat kemudiannya akan menghubungi trak tunda yang sudah bersedia di kawasan terbabit untuk menarik kereta ke bengkel. Tak berhati perut betul, kalau sampai meragut nyawa, memang masuk lokap lah jawabnya. 


Kali ini, video beberapa orang penunggang motosikal yang terjatuh akibat terbabas di jalan raya telah menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi. Video terbabit dikatakan berjaya dirakam oleh dashcam sebuah kereta yang turut melalui kawasan tersebut.

Minyak 5

Insiden yang dilaporkan terjadi di Jalan Kuching yang menghala ke pusat bandaraya Kuala Lumpur itu dipercayai berlaku akibat tumpahan minyak dan keadaan jalan yang licin. Dah la ramai penunggang motosikal yang jatuh serentak ketika lalu di jalan tu. Nasib baik takde kemalangan jiwa yang berlaku. 

Minyak 4

Video tersebut telah dikongsikan oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis beberapa jam yang lalu.

Hati-hati kepada penunggang motosikal yang melalui Jalan Kuching menghala Pusat Bandaraya KL sebelum bulatan Segambut. Seorang penunggang motosikal kemalangan pagi tadi akibat jalan berminyak dan licin.. #inforoadblock

Hati-hati kepada penunggang motosikal yang melalui Jalan Kuching menghala Pusat Bandaraya KL sebelum bulatan Segambut. Ramai penunggang motosikal kemalangan pagi tadi akibat jalan berminyak dan licin..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, January 1, 2021

 

Setakat ini, video berdurasi selama 47 saat itu telah ditonton sebanyak 135 ribu kali di Facebook manakala di Twitter pula telah ditonton sebanyak 23 ribu kali.

Rata-rata netizen marah dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa kerana boleh membahayakan nyawa orang yang tidak bersalah. Ada juga yang berkongsi teori mereka tentang tumpahan minyak tersebut.

Minyak 2

Ada juga netizen yang mencadangkan agar pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) perlu dilaksanakan di setiap jalan raya yang bermasalah agar pihak yang menjadi dalang boleh dibawa ke muka pengadilan.

Minyak 3

Apa-apa pun, memang tabik lah dekat abang yang pakai baju belang-belang sebab sanggup berhenti dan tolong mangsa yang terlibat. Nasib baik masih ada orang yang baik hati macam ni kan. 

Baca: Lelaki Terbabas Ketika Memandu di Subang Jaya Kerana Taktik Tumpahan Minyak Trak Tunda

Minyak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.