in

“Siapa kata gimik?” – Aliff Syukri Nak Cuba Ceburi Politik, Mahu Bertanding di Parlimen Damansara PRU15 Nanti

Aliff Syukri Tak Main Main Nak Jadi Pm Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan main-main tapi memang betul-betul nak jadi PM!


Itulah impian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengakui dia mahu bergelar seorang wakil rakyat dan memegang jawatan perdana menteri satu masa nanti.

Menurut mStar, Aliff yang sebelum ini berkecil hati dengan Zizan kerana ‘memerli’ impiannya itu dalam satu sesi live di IG berkata, perkara tersebut sudah lama difikirkannya dan menganggap sekaranglah masa yang sesuai untuk merealisasikan cita-cita itu.

Aliff Syukri 1

Siapa kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ini. 

“Kalau boleh saya nak jadi calon PRU akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik! 

“Aku serius ni tau… bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan,” katanya.

Aliff Syukri Wife Dan Emak

 

“Saya pun keliru sebenarnya mereka ikhlas sokong atau perli saya?” 

Lebih membuatkan dia bersemangat untuk menggapai cita-cita ini ialah apabila dia menerima sokongan hebat daripada netizen di Instagram sejak membuat pengumuman terbuka ingin menjadi pemimpin negara.

“Secara jujurnya saya nak jadi PM kerana nak ubah Malaysia menjadi lebih baik… kalau saya boleh berjaya dalam perniagaan tak mustahil saya boleh bawa Malaysia lebih hebat selepas ini. 

“Sebagai anak Pahang saya memang ikhlas mahu berjuang untuk bangsa dan negara, pemimpin kita sebelum ini pun ramai dari Pahang. Saya kenal mereka semua. 

Aliff Syukri Family

Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas atau hanya nak perli saya? Tak apalah saya anggap mereka benar-benar ikhlas mahu saya jadi PM. 

“InsyaAllah saya akan berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kecam saya… berilah saya peluang untuk buktikan dan dapat berjasa kepada anda semua,” katanya lagi.

Aliff juga pada masa yang sama ada mengatakan bahawa dia ingin bertanding di Parlimen Damansara pada PRU akan datang.

So korang rasa macam mana? Ok ke kalau Tok Alip jadi PM Malaysia next PRU nanti? 

Baca: “Kau patut sokong aku” – Niat Nak Jadi PM Tak Dapat Sambutan, Aliff Syukri Kecewa Dengan Zizan?

Aliff Syukri Zizan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.