in

“Siap-siap bagi nombor acc ya” – Aeril Zafrel Mahu Bantu Penduduk Sabah, Boleh DM Jika Perlukan Sumbangan

Bantu Bah Aeril

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersimpati dengan nasib rakyat Sabah di zon merah yang terkesan akibat wabak COVID 19, pelakon Aeril Zafrel telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan memberi sumbangan dari segi kewangan.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aeril meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubunginya melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram beserta nombor akaun bank individu tersebut. 

View this post on Instagram

Siap2 bg account no ya ?…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Menurut Harian Metro, sejurus memuat naik posting tersebut pada jam 12 tengah hari, Instagram Aeril terus dilimpahi berpuluh-puluh mesej yang memohon bantuan daripadanya.

Ketika dihubungi, Aeril memberitahu yang itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk mencurah bakti kepada masyarakat dengan berkongsi rezeki.

Sebelum ini, saya pernah lakukan perkara sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kali ini memandangkan rakyat Sabah antara yang paling terkesan dan berada dalam Zon Merah, saya nak bantu mereka,” kata Aeril.

Tambahnya lagi, dia juga akan mengkaji latar belakang mereka yang mahukan bantuan sebelum menyalurkan sumbangan tersebut.

“Dalam situasi sekarang, ada orang yang benar-benar memerlukan bantuan dan ada juga yang masih berkemampuan, tapi sengaja ingin mendapatkan bantuan. Jadi, saya akan kaji dulu latar belakang mereka dan sekiranya mereka benar-benar perlu dibantu, saya akan tolong.

“Tahun ini, kita semua berjuang untuk hidup dengan pelbagai dugaan. Allah sudah berikan saya rezeki, jadi apa salahnya saya bantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Sehingga setakat ini, posting tersebut telah mendapat lebih 65,000 likes dan hampir 2,000 komen.

Semoga usaha Aeril dalam membantu mereka yang memerlukan dirahmati Allah selalu. 

Baca: “Sila PM saya no tel” – Walaupun Dah Banyak ‘Beban’ di Bahu, DG Hisham Tetap Respon Kepada Pesakit Covid-19 ‘Personally’

Dg Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.