in

“Setiap minggu ada saja masalah air” – Lagi Kes Pencemaran Air di Sungai Selangor, 1,292 Kawasan Terjejas Bekalan Air

Masalah Air Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan masalah pencemaran air ini dah setel, rupanya ada lagi!


Hari ini, satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor sekitar jam 2 pagi ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). 

Menurut Astro AWANI, arahan henti tugas telah dikeluarkan oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Henti tugas empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan. Uish banyak tu! 

Ia melibatkan pengguna di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pada masa yang sama, Air Selangor juga memberitahu yang pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) berikutan kes paip air pecah pada Sabtu lalu telah mencapai kadar 80 peratus.

Sehingga jam 9:00 malam, pemulihan bekalan air di wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu…

Posted by Air Selangor on Ahad, 18 Oktober 2020

Namun berikutan insiden pencemaran bau awal pagi ini libatkan loji yang sama, maka pemulihan kawasan tersebut tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang diumumkan semalam (18 Oktober). Aduhai...

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” kata Air Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai kawasan yang terlibat, korang boleh klik di sini

Harap cepatlah settle masalah air ini kan. Penduduk di Selangor ni bagaikan jatuh ditimpa tangga. Sudahlah PKPB, tak air pulak tu. 

Baca: “Kami bayar bil, kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Syabas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.