in

“Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Ayaq Takdak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gangguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar.


Menurut New Straits Times, gangguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed up’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. 

Air

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gangguan air tidak berjadual berlaku semalam.

“Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor). 

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gangguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya.

 

“Gangguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak 2 orang?” 

Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.

“Susah kalau gangguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya.

Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar.

Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?” 

118845777 3643341459029743 6604781896035861114 N

Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gangguan air di kawasan-kawasan terbabit.

So marilah kita bertabah ye kawan-kawan semua… 

Baca: Bagi Memudahkan Pengguna, Ini 10 Lokasi Bantuan Air Di Kawasan Lembah Klang Yang Beroperasi 24 Jam

Airrrr

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.