in

Sertai ‘Private Party’ di Sebuah Hotel, 4 Penjawat Awam Antara 32 Individu Yang Ditahan Polis

Wuhuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika orang ramai duduk di rumah mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan, empat orang penjawat awam hari ini telah ditahan ketika cuba mengadakan parti di sebuah hotel mewah dekat Jalan Pinang, Kuala Lumpur.


Menurut Berita Harian, mereka kesemua yang berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan polis ke atas dua bilik di hotel tersebut kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada 32 individu itu, 13 adalah wanita termasuk 4 wanita warga asing dan 4 lelaki warga asing.

Liaqqq 1622992355

Pemeriksaan mendapati mereka dipercayai ingin mengadakan ‘private party’ di dalam dua bilik hotel berkenaan yang disewa antara RM500 hingga RM700 satu malam. Bilik ditempah oleh salah seorang penjawat awam yang ditangkap.

“Kita turut menemui sepaket dadah dipercayai ketamin bersama salah seorang individu yang ditahan,” jelasnya.

Seramai 20 individu juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Empat penjawat awam dan lapan warga asing ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

“Mereka didapati melakukan aktiviti terlarang (aktiviti sosial dan perhimpunan) dalam tempoh PKP,” katanya.

Haih orang duduk rumah, mereka berparti pulak ye… 

Baca: “Sakan sambut birthday” – Ibu Muda Ini Tinggalkan Bayi Seorang Diri Selama 6 Hari Untuk Berparti

Parti

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.