in

“Sakan sambut birthday” – Ibu Muda Ini Tinggalkan Bayi Seorang Diri Selama 6 Hari Untuk Berparti

Sakan Sambut Birthday Ibu Muda Ini Tinggalkan Bayi Seorang Diri Selama 6 Hari Untuk Berparti 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu muda telah mengaku bersalah selepas dia meninggalkan bayinya seorang diri di rumah selama enam hari untuk berparti bagi menyambut hari lahirnya yang ke-18 pada tahun 2019.


0 Teen Mum Left Baby To Starve To Death While She Went On Six Day Bender To Celebrate 18Th Birthday E1616831445116

Suspek, Verphy Kudi melakukan kesalahan terbabit pada tahun lalu. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tertuduh dilaporkan meninggalkan pangsapurinya di Brighton, Sussex pada 5 Disember iaitu pada hari jadinya yang ke-18 dan hanya pulang semula ke kediaman itu pada 11 Disember.

Lapor Mirror, Verphy telah melefon talian kecemasan 999 pada jam 6.06 petang (11 Disember) untuk memaklumkan yang anaknya tidak mahu bangun.

Asiah E1616829963954

Pun begitu, setibanya di Royal Alexandra Children’s Hospital, bayi Verphy yang dikenali sebagai Asiah, 20 bulan, telah disahkan meninggal dunia.

Laporan post-mortem dan ujian forensik yang dibacakan di mahkamah mendedahkan yang kematian Asiah adalah disebabkan dia diabaikan.

“Dia (Asiah) kebuluran, ‘dehydrated’ dan dijangkiti selsema.”

Asiah 1 E1616830011403

Untuk pengetahuan, Verphy dan anaknya, Asiah tinggal di pangsapuri yang ditetapkan social service semenjak 30 September 2019.

Berdasarkan data yang diperoleh Polis Sussex, Verphy dikatakan telah berparti di London, Coventry dan Solihull untuk meraikan hari jadinya yang ke-18 pada 5 Disember 2019 sebelum pulang semula ke pangsapurinya di Brighton pada 11 Disember 2019.

Semenjak Oktober tahun lalu, Verphy sudah ditahan oleh pihak berkuasa. Kes ini akan dibicarakan semula pada bulan Mei.

Sumber: Mirror

Baca: “Makan makanan kucing untuk hidup”- Kanak-kanak 5 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah ‘Sampah’ Bersama 19 Ekor Kucing

Fi Kotor E1616829442547

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.