in

“Sera usaha! Sera ubah!” – Isteri Shuk Kini Berpenampilan Baru, Ramai Puji Makin Cantik

Page Shuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan isteri kepada pelawak dan juga penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera kan?


Selepas mendedahkan keadaan rumah tangganya yang sebelum ini agak bermasalah, Rossa Sera atau lebih mesra dikenali Sera nampaknya semakin fokus untuk diri sendirinya.

Seperti yang boleh dilihat di akaun Instagramnya @rossa.sera, Sera semakin giat bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat demi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan serta yang ideal.

Menerusi video pendek atau reels Instagram yang dikongsikan, Sera meluahkan perasaannya yang mengatakan bahawa dia tidak pernah sedar bahawa dirinya cantik juga seperti orang lain selepas ditatarias.

“Sape pernah rasa apa yg sera rasa sekarang ni? ??Thank you #berryfull @inayahbeautyhq cantikkan sera. Sera x pnah sedar yg sera boleh cantik mcm ni. ??” – Kapsyen

Reels yang terbaru di akaunnya juga menceritakan perjalanan dirinya sebelum membuat keputusan untuk mengubah dirinya malah pernah dikutuk dan juga dihina kerana bentuk badannya sehingga membuatkan keyakinan dirinya menurun.

Perubahan dirinya itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji glow-up dirinya yang dianggap menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih yakin dengan diri sendiri. Cantik and look young gitu!

Rossa Full

Sera yang kini masih lagi dalam proses penceraian dengan Shuk juga menerima kata-kata semangat di bahagian komen yang mengatakan bahawa Sera merupakan wanita yang kuat dalam menegakkan keadilan dan juga haknya sebagai isteri.

Min pun seronok je tengok glow-up Sera! Semoga semuanya dimudahkan yaa… Kita doa yang baik-baik okay?

Baca: “Bukan nak melarikan diri, tapi..” – Pilih Untuk Berdiam, Shuk Sahar Mohon Maaf

Untitled 3 4

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.