in

“Bukan nak melarikan diri, tapi..” – Pilih Untuk Berdiam, Shuk Sahar Mohon Maaf

Shuk Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu lawak rogol dalam satu program temubual itu bukan sahaja melibatkan Fauzi Nawawi, pengacaranya Shuk Sahar turut terpalit dalam kontroversi ini apabila netizen juga petik namanya berikutan dengan cara dia mengendalikan perbualan itu.


 

Saya tidak ada niat apa-apa pun

Menerusi laporan mStar Online, Muhammad Shukri Mohamed Sahar membuat keputusan hanya untuk mendiamkan diri daripada ianya semakin meleret. Katanya kepada sumber, bukanlah niatnya untuk lari daripada masalah itu, tetapi bimbnag jika tersalah cakap dan mungkin boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak..bukan saya seorang sahaja.”

Tambahnya, dia risau kalau ada tersalah cakap atau bercakap lebih pasal itu itu, ia mungkin memberi impak kepada pihak lain juga.

Shuk

Oleh sebab itu, Shuk memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton rakaman tersebut. Dalam pada itu, Shuk juga turut berjanji untuk lebih berhati-hati dalam segala percakapan kelak.

“Bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun. Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik.”

 

Baca : Fauzi Nawawi Akui Terlepas Cakap Dalam Program TV, Minta Maaf Pada Raja Farah & Suami

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.