in

“Seolah-olah saya penjenayah” – Sudah 43 Tahun Jadi Pakar Bidan, Dr Hamid Arshat Terkejut Pejabat Tiba-tiba Kena Serbu!

Hamid Arshat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Hamid Arshat? Khidmatnya terhadap wanita tak kiralah mengenai kehamilan ataupun sakit kronik memang sangat membantu dan dihargai.


Namun begitu, baru-baru ni admin ada dengar berita yang kurang sedap sikit berkaitan Dr Hamid. Menurut perkongsian Dr Hamid sendiri di Facebook, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pejabatnya di Plaza Damansara kena serbu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

“Mereka datang dengan mengejut seolah-olah saya seorang penjenayah” 

Menurut Dr Hamid, pada 2 Oktober lepas, tanpa beliau sangka-sangka sekumpulan kakitangan dari KKM telah datang menyerbu dan selongkar pejabatnya di Plaza Damansara. 

Yang peliknya, Dr Hamid tidak diberikan sebarang notis dan apa tujuannya mereka datang untuk menyerbu pejabat tersebut. Disebabkan kejadian itu, Dr Hamid mula merasakan dirinya diperlakukan seperti penjenayah. Haih kenapa jadi macam ni?? 

Hamid 1
sumber: facebook

 

“Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi, saya telah berkhidmat dengan KKM” 

Hamid 2

72214801 2440399956014022 2407842323510591488 N
sumber: facebook

 

“MasyaAllah… apalah yang mereka cari. Sungguh tidak sopan menyerbu rumah orang tanpa salam” 

Oleh kerana Dr Hamid merupakan seorang yang disegani dan dikenali ramai, netizen di posting tersebut meluahkan rasa tidak puas hati mereka juga kepada kakitangan KKM terbabit yang berlaku biadap terhadap doktor tersebut.

Sungguhpun kalau terpaksa menjalankan tugas, cubalah lakukan ia dengan berhemah dan meminta kebenaran terlebih dahulu.

Dok
sumber: facebook

Kita tunggu sajalah penjelasan daripada pihak KKM nanti. 

Baca: “Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk” – Tweet Ini Bongkar Betapa Mudahnya Mohon Kelulusan KKM

Produk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.