in

Baru Pulang Dari Empat ‘Zon Merah’ Ini? KKM Nasihat Untuk Buat Ujian COVID 19 Sebagai Langkah Berjaga-jaga

Sabah Poll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan peningkatan kes dalam penularan wabak COVID 19 di Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminta mereka yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk mengikut SOP COVID 19 dengan ketat demi mengelak wabak tersebut terus merebak.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang telah melawat ‘red zone’ atau kawasan merah di 4 daerah negeri tersebut patut menjalani ujian COVID 19, lapor The Star

Empat daripada lima kawasan merah di Malaysia adalah di Sabah iaitu – Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Manakala satu lagi kawasan merah ialah di Kota Setar, Kedah. 

873833

“Kalau tiada apa-apa urusan di luar, dinasihatkan lebih baik duduk di rumah. 

“Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah membuat prosedur standard operasi (SOP) untuk aktiviti berkempen dan mengundi di sana. 

“Kalau anda mempunyai simptom lepas melawati kawasan merah, ia adalah WAJIB untuk mengambil ujian COVID 19 di pusat kesihatan terdekat. 

“Kepada mereka yang tidak mengalami apa-apa simptom (asymtomatic) tetapi pernah melawat ke kawasan merah juga dinasihatkan untuk mengambil ujian COVID 19 dan menjalani kuarantin,” kata Dr Noor Hisham.

826985

Tambahnya lagi, perkara ini patut dilakukan demi melindungi keluarga, rakan-rakan dan komuniti kita sendiri.

Semalam, 71 kes baru telah dicatatkan dan 63 kes dikesan di Sabah.

Marilah kita sama-sama patuhi SOP. Kita jaga kita!

Baca: “Staf Baru Pulang Dari Lahad Datu” – UOB Kepong Ditutup 2 Minggu Selepas Staf Positif COVID 19

Uob 1

Sumber: The Star
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.