in

“Semua dia cakap benar” – Caprice Dedah Mondy Tandatangan SD Sebelum Siarkan Podcast

Mondy Tandatangan Sd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu antara pendakwah bernama Ebit Lew dengan wanita bertatu warga Indonesia, Mondy Tattoo yang dibantu penyanyi rap Caprice membuatkan ramai tidak pasti siapakah yang benar dan siapakah yang salah.


Sejak Ebit Lew membuat laporan polis atas dakwaan fitnah melampau dilemparkan terhadapnya, Caprice dan Mondy juga telah dipanggil untuk memberi keterangan daripada pihak mereka.

Kata Caprice, tiada perkara perlu dibimbangkan berhubung kesahihan bukti memandangkan Mondy yang mendakwa berhadapan gangguan seksual individu dimaksudkan telah menandatangani perjanjian sebelum podcast disiarkan.

Artikel berkaitan: Caprice Tayang Video Mondy Buat Penjelasan Pada Ibu Bapa Tiri, Dakwa ‘Digula-gulakan’ Ustaz Derry

Artikel berkaitan: Dakwa Mondy Berbohong Demi Duit, Caprice Persoal Tuduhan Ustaz Derry Pasal ‘Mondi’

“Mondy telah menandatangi surat perjanjian (SD) yang mengesahkan semua dakwaan berhubung gangguan seksual itu benar,” katanya.

@utusantvofficial

Seorang kata diri dia difitnah, yang ini kata semua benar, jadi kita tunggu siasatan polis jela 😁. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #caprice #ebitlew

♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

Mengulas mengenai dakwaan sengaja membuat tuduhan berlakunya gangguan seksual, Caprice menafikan pihaknya membayar pempengaruh itu untuk berbohong apatah lagi menjatuhkan mana-mana pihak.

“Kali ini kami tidak memberi ruang pihak lain dengan mudah menganggap kami menipu. Ketika kali pertama Mondy tiba di Malaysia, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu pun dia sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.

“Kalau saya nak reka, takkan saya nak rakam senyap-senyap. Lebih baik saya suruh dia berlakon di hadapan kamera dan secara logik saya nak bayar, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya,” katanya lagi.

Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Apapun, kita tunggu sahaja jika kes ini dibawa ke mahkamah.

Sumber: Kosmo!, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.