Bagi mereka yang pernah membeli barang secara atas talian, ada dua cara untuk kita sebagai pembeli membuat pembayaran. Yang pertama melalui online banking dan lagi satu melalui COD atau Cash On Delivery.
Ini bermaksud, ketika barang yang dipesan itu tiba, kita perlu membayarnya kepada penjual atau kurier pada masa itu juga.
Namun seorang penghantar barang dari negara seberang baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya dengan memuat naik video seorang pembeli yang tidak mahu membeli barang yang telah dipesan.
Menerusi perkongsian @dickyantika di TikTok, petugas kurier tersebut telah menghantar barang yang dipesan oleh seorang wanita. Walau bagaimanapun, selepas bungkusan dibuka, wanita itu bertindak tidak mahu membelinya dan melarikan diri.
@dickyantika Derita kurir online shop ….saya minta maaf tuk seller ya ?🙏🏼🙏🏼#1000pelangganjnt #kurirpaket #fypシ゚viral #fypdongggggggg
Penghantar barang itu kemudian nekad merakam kejadian itu dan memberitahu akan menularkan ia ke media sosial.
Dengan selamba, wanita terbabit berkata dia tak kisah jika perkara tersebut diviralkan sambil memberi alasan pakaian tersebut ‘sempit’ iaitu terlalu ketat.
Udah dibuka tak mahu dibeli. Besok-besok jangan pesan paket bu. Bikin malu aja,” kata pemilik video yang juga memohon maaf kepada seller barang tersebut.
“Bukan sempit buk, tapi ibuk yang kelebaran”
Video tersebut telah mendapat respon netizen yang kasihan dengan nasib penghantar barang serta penjual barang tersebut yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara sikap pembeli.
Malah ramai juga siap memerli, isu tersebut bukan saja viral di Indonesia malah ia kini juga sudah viral di Malaysia.
Kalau dah order itu, seeloknya bayarlah kan. Kesian seller dah packing dan kurier siap datang hantar. Kalau tak cukup duit, sebaiknya jangan order.