in

‘Nice drama’ – Rumah Kena Pecah Masuk, Penyamun Siap ‘Unboxing’ Barang Order Online, Tapi Netizen Dakwa Strategi Marketing?

Fi Samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, gempar di media sosial tentang perkongsian video seorang wanita yang melihatkan rumahnya yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang telah disamun ketika ketiadaannya di rumah.


Semasa kejadian itu berlaku, dia telah keluar sebentar untuk pergi ke kedai dan menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Zulaikha Zuki, telah berkongsi video tersebut di akaun TikToknya dimana ia memperoleh perhatian ramai dan telah mencapai 1.4 juta tontonan.

Dia yang juga pengasas produk minuman kesihatan menyatakan , kejadian berlaku ketika tiada siapa di rumahnya ketika itu.

Fi 2

“Pagi itu saya keluar rumah lebih awal dari suami untuk hantar anak ke rumah pengasuh. Selepas itu saya singgah sebentar ke kedai. Sebaik sampai je dekat pagar rumah, saya dah nampak dari jauh kotak barang pesanan saya dah berselerak kena kopak.

“Selalunya kami memang tak tutup pintu pagar, hanya kunci pintu dan gril rumah sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, hari itu suami kalut dan terlupa juga nak kunci gril dan pintu.

“Mujurlah selepas diperiksa, tiada apa barangan dalam rumah termasok stok produk yang hilang. Hanya barang pesanan saya yang diletakkan di luar pintu saja lesap,”– katanya.

Menurutnya lagi, barangan yang dibeli secara online itu adalah bertujuan untuk memberi ganjaran kepada ejen-ejennya.

“Saya anggap ini dugaan ketika bisnes baru nak naik.

“Kalau ikutkan ini bukan kali pertama saya order barang seperti itu secara online. Cuma kali ini benda dah nak jadi, dan saya anggap ia bukan rezeki untuk saya beri kepada ejen-ejen.

“Rumah saya memang tak kunci pagar sebab selalunya ada empat atau lima trip penghantaran daripada syarikat kurier. Pagi itu mungkin trip paling awal. Biasanya saya akan dapat makluman tapi tak ada pula makluman pagi tu. Kalau ada, mesti saya dah standby atau pesan kepada suami untuk tolong ambilkan,” ujarnya.

@zulaikha_zuki

Penyamun unboxing ? #fyp #part1

♬ original sound – zulaikhazuki – zulaikhazuki

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, perkongsiannya di aplikasi TikTok sekadar untuk memberi mesej kepada orang ramai agar tidak cuai dan mengelakkan daripada perkara yang sama berlaku pada mereka.

Namun lain pula yang jadi, perkongsian itu mendapat kecaman dan rata-rata mengatakan ia hanyalah sekadar lakonan dan konten untuk raih publisiti murahan. Makin mendapat kecaman apabila dia bertindak untuk tidak membuat laporan polis.

Reak Samun 4 Edit

Reak Samun 3 Edit

Reak Samun 2 Edit

Reak Samun 1 Edit

“Rumah saya tiada kamera litar tertutup (CCTV). Sebab itu saya rekod guna handphone bila sedar. Pertamanya nak tunjuk dekat suami sebagai pengajaan agar tak cuai lagi. Keduanya, sebagai mesej kepada netizen agar lebih berhati-hati.

“Bab tak lapor polis tu, sebenarnya keputusan tersebut selepas saya buat pertimbangan daripada pelbagai aspek. Rumah saya memang ejen selalu kelaur masuk untuk ambil stok sebab saya meniaga dari rumah lagi.

“Nanti apa pula perasaan ejen saya seolah-olah mereka pula disyaki.. terus tak berani ke rumah saya lagi. Mesti ia akan jejaskan bisnes saya yang baru tiga bulan bertapak ini.

“Kalau nak cakap konten, pada saya perkara ini adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan. Saya kongsi apa yang menimpa diri saya sebagai pengajaran bersama. Mungkin mereka tak alami, sebab tu komen macam tu. Tapi saya tak ambil hati pun, saya anggap ini dugaan dan bukan rezeki.” katanya lagi.

@zulaikha_zuki

#shouldbeme Baru ada kekuatan dan saya redha..Komen yg nais nais ok?? #fyp #foryoupage

♬ original sound – zulaikhazuki – zulaikhazuki

Baca : Viral Foto Majlis Perkahwinan Anak VIP Dihadiri Para Menteri Dalam Tempoh PKPB, Undang Marah Netizen

Vip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.