in

“Sempat lagi ayah mendajal” – [VIDEO] Anak Mencicit Lari Lepas ‘Godek’ Treadmill Sampai Speed 10 Buat Ibu Berdekah

Ft Anak Mancicit Lari Atas Treadmill

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai anak kecil ini walaupun tengah banyak buat ragam, kadang kala ia nampak comel dan menghiburkan, kalau kita yang dari jauh tengok di media sosial pun rasa terhibur dan comel, apatah lagi si ibu bapa, mesti hilang segala penat.


Melihat kerenah anak @dayah_noor ini, ramai netizen suka tengok kelakuan spontan darinya, ditambah lagi dengan gelakan terbahak-bahak daripada si ibu ini.

 

“Cuba korang bayangkan kalau anak kau tekan speed 10 tapi korang xde time ni..?? Tak boleh bayang aku”

Dalam perkongsiannya di TikTok yang telah meraih 1 juta tontonan dalam masa 12 jam ini memperlihatkan si ayah yang sedang membetulkan kasutnya sementara anaknya itu sedang sibuk berdiri di atas treadmill.

Si ibu yang sibuk merakam mula tergelak apabila si anak ini pergi tekan mesin treadmill tu sampai speed 10. Si ayah juga dilihat seolah-olah nak menyakat anaknya dengan membiarkan si anak yang tengah minta tolong itu lari sekejap sebelum angkat sementara ibunya rancak ketawa.

@dayah_noor

Cuba korang bygkan kalau anak kau tekan speed 10 tpi korang xde time ni..?? Xleh byang aku??

♬ original sound – Dayah_noor – Dayah_noor

Ramai netizen terhiobur dan ulang video banyak kali, mereka suka lihat si ayah yang kenakan anaknya dan lihat reaksi anaknya yang mencicit lari.

Dalam masa yang sama si ibu menerusi kapsyen kiriman video itu mengatakan biarpun terhibur, agak membimbangkan jika anak dia melakukan perkara sedemikian rupa ketika tiada orang lain berhampiran di rumahnya.

Ada juga netizen yang memuji tindakan si ayah yang membiarkan anaknya berlari sebentar kerana mereka anggap ia juga dijadikan sebahagian daripada pengajaran buat si anak.

 

Sempat lagi ayah dia mendajal – Netizen

Anak Mancicit Lari Atas Treadmill Anak Mancicit Lari Atas Treadmill 2 Anak Mancicit Lari Atas Treadmill 3 Anak Mancicit Lari Atas Treadmill 4 Anak Mancicit Lari Atas Treadmill 5 Anak Mancicit Lari Atas Treadmill 6

Ada juga netizen yang kurang senang dengan tindakan ayahnya, namun majoriti terhibur kerana ia tidak membiarkan anaknya berlari dengan lama.

 

Baca : [VIDEO] Lari Sebab Takut Patung Besar, Kanak-Kanak Ingat Peluk Ibu Sendiri, Rupanya Tersalah Orang!

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.