in

Semata-mata Elak ‘Roadblock’- Pemandu Lawan Arus Sejauh 1.4KM Diakhiri Dengan Kemalangan

Lawan5 E1607225777499

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular semalam video sebuah kenderaan melawan arus yang diakhiri dengan kemalangan. Kejadian tersebut berjaya dirakam orang awam yang menyedari kereta perodua Axia di laluan bertentang sedang melawan arus.


Lawan arus ni dah macam fenomena eh sekarang?

Boleh tonton video bawah ni.

Axia tersebut dirakam (jangan main handphone time memandu ya) oleh seorang pengguna tiktok @yorkitan yang kemudiannya viral.

Menurut sumber, kemalangan ini melibat tiga buah kenderaan termasuk sebuah lori treler.

Perodua Axia tersebut lawan arus sejauh 1.4KM dari susur masuk Tol Sungkai.

Difahamkan, Toyota Rush di lorong kanan tak sempat mengelak lalu bertembung dengan Axia tersebut, kemudian dilanggar lori treler yang berada di lorong kiri.

 

Polis telah mengesahkan kejadian tersebut

KPD Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati pemandu Axia itu dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor sempena Deepavali.

Siasatan polis turut mendapati, pemandu tersebut bertindak melawan arus kerana cuba mengelak sekatan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang untuk sambut Deepavali.

Akibat kemalangan ini, pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu Axia dan lori tidak alami apa-apa kecederaan.

Dia juga didapati baru selesai membuat ujian swab COVID-19 di Klang tetapi masih belum menerima keputusannya. – Awani

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca : [Video] Warga Emas Memandu Lawan Arus Di Highway LKSA, Rupanya Buat U-turn Sebab Takde Kad Touch n Go

Lawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.