in

Selit Scene Syaitan & Dalam Neraka, Netizen Dakwa Filem 18 Puasa di Kg Pisang Permainkan Isu Agama?

Setan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru 6 hari ditayangkan, filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa di Kampung Pisang nampaknya telah mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM 2 juta! Wow! 


Filem yang menggabungkan dua karya pengarah ini iaitu Kampung Pisang Bersiri-siri dan 16 & 17 Puasa mengisahkan sekumpulan penduduk Kampung Pisang yang melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

18 Puasa 2 Juta2 E1619002466152

Kalau korang tengok 16 & 17 Puasa, korang tau lah pe’el dorang ni yang suka sangat mengelat puasa. 

Namun kali ini, muncul pula watak baru iaitu ‘Iblis’ yang telah membawa watak utama, Barkoba ke masa silam untuk mengimbau kesalahan yang dilakukannya sepanjang hidup ini.

Jaapar On

 

Netizen tegur filem selit scene neraka & syaitan? 

Disebabkan ramai penonton yang menyukai filem ini, ada netizen di TikTok telah memuat naik sebahagian scene daripada filem tersebut yang menjadi perbualan ramai.

Antaranya ialah scene di mana filem ini memaparkan situasi di neraka dan watak Barkoba berdepan dengan Iblis.

@eric__7867

Reply to @akmal.hanif_ #18puasadikgpisang #18puasadikampungpisang

♬ original sound – eric__7867 – eric__7867

Pun begitu, scene ini telah mendapat kritikan netizen yang berpendapat isu syurga negara tidak patut dipertontonkan atau dilakonkan di dalam filem kerana ia seakan-akan mempermainkan agama.

Neraka

 

“Filem mamat khalid pasti ada selit isu semasa punya sindiran” 

Walau bagaimanapun, ramai juga di kalangan netizen yang terhibur dengan filem ini dan berpendapat banyak sindiran yang ditunjukkan dalam filem ini agak ‘mengena’.

Malah filem ini juga menurut netizen banyak memaparkan pengajaran yang berguna.

Selit

Dalam pada itu, filem ini juga telah mendapat teguran seorang penceramah bebas yang berpendapat adegan syurga dan neraka tidak patut dilakonkan kerana bimbang ia akan menimbulkan unsur fitnah.

Apa-apapun admin rasa dalam perkara ini lebih baik kita rujuk kepada golongan alim ulama untuk memberi pandangan. Bagi yang ingin menonton, korang boleh je langgan Astro First di rumah anda. 

Baca: “Confirm pecah perut” – Ini 7 Filem Komedi Indonesia Yang Anda Wajib Tengok!

Indo

Sumber: Kosmo
Sumber: Sinar Plus
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.