in

“Doktor kata berisiko sebab masalah jantung” – Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Prosedur Endoskopi

Jaafar Onn Meninggal Endoskopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah hari tadi kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Jaafar Onn yang meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada pagi ini.

Anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim, memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika melalui prosedur endoskopi pagi tadi.


Ujar Hanif, doktor sudah memaklumkan bahawa prosedur tersebut sememangnya berisiko tinggi disebabkan jantung arwah ketika itu lemah.

“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor ada beritahu prosedur terbabit berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Bacaan jantung dia memang tinggi sampai 140 dan masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi, Papa mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Buang Air Besar Berdarah, Jaafar Onn Kini Di Zon Kritikal Hospital Serdang

Artikel berkaitan: “Apolahh pulak??” – [VIDEO] Netizen Terbahak Dengar Luahan Jaafar Onn Pasal Mask Cop SIRIM

330858995 1131770050854298 5676955814903794830 N

Katanya, pelakon dan pengacara veteran itu terpaksa menjalani prosedur tersebut susulan mengalami pendarahan teruk semasa membuang air besar.

Tambahnya lagi, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu lama.

“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kelmarin dan dalam masa sama dia juga membuang air besar berdarah, pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti,” katanya.

Jelasnya, Allahyarham mengambil ubat berkenaan bagi menangani sakit lutut yang dialami sejak tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Jaafar merosot sebelum ditahan di wad selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.