in

Buang Air Besar Berdarah, Jaafar Onn Kini Di Zon Kritikal Hospital Serdang

Jaafar On Hp Serdang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon veteran Jaafar Onn kini berada di zon kritikal wad kecemasan Hospital Serdang selepas dikesan mengalami pendarahan ketika membuang air besar malam semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak angkat Jaafar yang lebih kenali sebagai Hanif. Jelasnya tekanan darah dan bacaan haemoglobin (sel darah merah) dalam tubuh Jaafar berada pada paras rendah ketika membuat pemeriksaan di klinik sebelum dibawa ke hospital.


Artikel berkaitan :  Karnival Jualan Aidilfitri Kena ‘Cancel’ Saat Akhir, Boy Iman Didakwa Dalang Scam Peniaga

Artikel berkaitan : “Apolahh pulak??” – [VIDEO] Netizen Terbahak Dengar Luahan Jaafar Onn Pasal Mask Cop SIRIM

Screenshot 2024 04 02 155611

“Dia semalam buang air besar berdarah selain tekanan darah serta bacaan haemoglobinnya rendah. Malah doktor di klinik yang kami pergi pun kata tak boleh nak buat apa-apa dan kena bawanya ke hospital. Jadi saya terus bawa ke Hospital Serdang sekitar pukul 12 pagi.”

“Sekarang sedar tapi dalam wad kecemasan di zon kritikal. Tiada simptom cuma sakit perut sebelum tiba-tiba ada darah ketika buang air besar.”

 Screenshot 2024 04 02 155630

Kata Hanif lagi, Jaafar kini perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut termasuk prosedur endoskopi bagi mengesan sebarang kelainan pada bahagian usus dan perut.

“Disebabkan masalah itu berulang kali jadi, doktor mahu lakukan prosedur endoskopi dan pemeriksaan lain bagi mengesan sebab sebenar dia buang air besar berdarah.”

Jelasnya Hanif lagi, pelakon veteran itu tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum alami buang air besar berdarah. Semoga kesihatan Jaafar Onn sentiasa terpelihara. Amin.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.