in

“Selamatkan Abang Driver GoJek” – Gara-gara Rakam Video Pelanggan, Driver GoJek Singapore Dikenakan Denda Sebanyak RM1,500

Gojek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi kes Abang Driver GoJek dan pelanggan yang menuduh dirinya diculik? Ingatkan kes ini dah selepas pihak GoJek tidak akan mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit, Kamaruzaman Abdul Latiff atas kejadian tu.


Walau bagaimanapun, tak ada angin, tak ada ribut… tup-tup muncul sebuah petisyen di media sosial yang mengatakan pihak Land Transport Authority (LTA) bakal mendenda Kamaruzzaman sebanyak 500 Singapore Dollar yang bersamaan RM1,500. 

Save
sumber: change. Org

 

Didenda dan bakal di ‘banned’ dari GoJek gara-gara sebar video

Menurut tweet yang viral baru-baru ni, petisyen yang telah ditandatangani sebanyak lebih 47,000 orang sehingga setakat ini telah diadakan demi menyelamatkan Kamaruzzaman daripada dikenakan tindakan oleh pihak LTA Singapura.

Kesan daripada tindakan LTA, Kamaruzzaman yang mempunyai 3 orang anak ini bakal dikenakan denda sebanyak 500 Singapore Dollar dan mungkin akan di’banned’ terus daripada menjadi pemandu GoJek. Alahai…

https://twitter.com/NabilNxrdin/status/1092418161419272194

 

Kamaruzzaman mungkin berunding dengan lawyer, hadiri temuduga dengan LTA

Menurut Asia One, Kamaruzzaman yang kini bercuti di Malaysia telah menerima berita mengenai surat LTA tersebut selepas menerima gambar daripada anaknya di Singapura.

Isi surat LTA berkenaan meminta Kamaruzzaman untuk menghadiri temuduga bersama pihak LTA pada Khamis ini (7 Februari) berikutan aduan yang diterima berkaitan insiden pada 29 Januari lepas.

51112850 10219315989277330 7073541743278292992 N
sumber: facebook

Menurut Kamaruzzaman, dia akan hadir sesi temuduga tersebut dan kemungkinan besar akan berunding dengan peguam.

Dalam pada itu, petisyen dibuat khas untuk membantu Kamaruzzaman juga memberitahu bahawa mengikut undang-undang Singapura, Abang GoJek ini mungkin akan ditolak 21 markah dimerit gara-gara merakam video pelanggan dan menyebarkannya kepada awam. 

Kemungkinan besar juga dia bakal kehilangan lesen memandu PDVL yang akan menyukarkannya mencari rezeki buat anak-anak di masa hadapan.

Bagi korang yang ingin membantu Abang GoJek ini, boleh sign petisyen di sini

Baca: Patutlah Wanita Singapura Ini Buat Kecoh Konon Dakwa Diculik, Rupa-rupanya..

Go Jek 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.