in

Patutlah Wanita Singapura Ini Buat Kecoh Konon Dakwa Diculik, Rupa-rupanya..

Go Jek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Patutlah Wanita Singapura Ini Buat Kecoh Konon Dakwa Diculik, Rupa-rupanya..
Loading
/

Fuh, kecoh di Internet apabila video seorang pemandu servis e-hailing Go Jek dituduh menculik seorang wanita apabila berlaku salah faham antara mereka.

Video yang dimuatnaik oleh pemandu berkenaan, Kamaruzzaman bin Abdul Latiff dikongsikan di Facebook sebelum mula viral bukan sahaja di Singapura malah seluruh rantau Asia Tenggara.


Tak nak bayar kadar ERP

Video berdurasi 7 minit itu menyaksikan perbualan antara mereka berdua yang menunjukkan wanita itu enggan membayar caj ERP.

ERP atau Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya dikenakan ke atas setiap kenderaan yang memasuki tengah bandar Singapura pada waktu puncak.

Kekecohan ini berlarutan hingga menyebabkan pemandu itu mencadangkan mereka ke balai polis untuk diselesaikan.

Sebaliknya, wanita itu menuduh pemandu itu menculiknya dan gunakan alasan bangsa sebagai punca pergaduhan.

Kebanyakan netizen pun tak setuju dengan sikap wanita ini sebab dia dianggap berlebih-lebihan. Lagipun, kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan sistem autolock.

Cuba elak dan lari dari polis

Selepas wanita tu berjaya keluar daripada kereta itu, dia dikatakan terus menahan sebuah teksi dan meminta untuk dihantar terus ke destinasi.

Dalam posting terbaru di sebuah forum, netizen sempat berkongsi satu kenyataan didakwa oleh anak pemandu teksi berkenaan.

51387581 2270579576313364 1924385278366056448 N
sumber: hardware zone

Wanita itu dikatakan cuba mengelak dan dihalang oleh pegawai polis daripada melarikan diri. Lepas tu, dia juga nampaknya enggan memberi kerjasama.

Kalau tak buat salah, kenapa nak lari kan? Pergi sajalah ke balai polis dan buat laporan kalau betul diculik.

Dalam perjalanan, wanita itu sekali lagi dakwa dia tak bersalah. Menurutnya, dia tak dibenarkan keluar daripada kereta dan dipaksa untuk membayar ERP.

Tapi yang kelakar tu sebaik saja sampai ke destinasi, wanita ini dakwa dia tak cukup duit. Sedangkan tambang cuma SGD17. Kesian punya pasal, pemandu teksi pun bagi diskaun SGD1.

Pemandu tak dikenakan tindakan

Dalam kekecohan tu semua, saudara Kamaruzzaman pun sempat berkongsi yang dia tak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak Go Jek selepas kesnya diteliti.

Go Jek 1.1
sumber: facebook
Go Jek 2
sumber: facebook

Tapi semuanya bergantung juga kepada pihak berkuasa undang-undang jalan raya Singapura sebab kalau diikutkan pemandu tak boleh memasang kamera secara illegal atau merakam sebarang visual penumpang tanpa kebenaran.

Kalau didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 3 bulan atau dikenakan denda sebanyak SGD1,000 atau kedua-duanya sekali.

Mudah-mudahan kes brother ni dapat diselesaikan dengan baik.Nak cari rezeki yang halal je kot asalnya!

Baca: Pemandu Grab Ambil Penumpang Dirakam Buat Netizen Bengang Dengan Attitude Pemandu Teksi Zaman Sekarang

Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.