in

“Selamat bersoal jawab dengan Tuhan” – Lelaki Hina Kematian Ashraf Sinclair, Gara-gara Bengang Kena Marah Tegur Pemakaian BCL

Ajal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kebanyakan kita masih bersedih dan menginsafi kehidupan ini selepas mendengar berita kematian beberapa artis terkenal secara mengejut, ada juga sesetengah netizen yang sejenis tak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Mereka ni admin tak sure lah sama ada nakkan perhatian atau memang lantang dalam berkata-kata, tapi kalau bab orang yang dah meninggal dunia ni, tak eloklah kita nak komen tak tentu pasal.


 

“Aku sempat komen tentang pemakaian isteri Ashraf Sinclair di IG dia… HAHAHA. Ajal kau dah sampai brother” 

Menerusi perkongsian page I love PAHANG, seorang individu ni telah menaikkan kemarahan netizen lain apabila dikatakan biadab dengan kematian Ashraf Sinclair.

Menurut individu tersebut, tak lama dulu dia pernah menegur Ashraf berkenaan pemakaian Bunga Citra Lestari di IG yang dikatakan agak menjolok mata, namun Ashraf telah memarahinya kembali.

Lalu apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia hari ini, katanya kini sudah tiba masa Ashraf untuk ‘bersoal jawab dengan Tuhan’ berkaitan hal tersebut. Uish!

Komen
sumber; facebook

Tak cukup dengan tu dia juga ada tinggalkan ‘pesan’ buat BCL jugak.

86437793 2518088985076096 8530321554033082368 O
sumber: facebook

 

“Memang patut kita sebagai saudara sesama Islam tegur menegur… tapi jangan la sampai kau gelakkan kematian dia bro” 

Rata-rata netizen yang membaca status individu terbabit telah mengecamnya kembali dan menganggap komen seperti itu tak patut ditulis kerana ia macam memperlekehkan kematian arwah.

Cuba letakkan diri di tempat keluarga arwah, mesti dorang marah dan sedih baca benda macam ni kan. Bro ni siap gelakkan lagi kematian arwah tu. 

Iyolah Bro Masuk Syurga
sumber: facebook

 

“Dia ni jugak yang kutuk arwah Abam” 

Selepas diselidik netizen, rupanya individu ni juga katanya telah mengutuk kematian arwah Abam Bocey tak lama dulu. Ya Allah apa nak jadi orang sekarang ni? 

Hina Abam

87082482 3703393219701017 2279691666312921088 O
sumber: facebook

Ish, ish admin pun tak faham dengan orang macam ni lah. Apa-apapun admin harap netizen kat luar sana jangan melayan sangat dengan perangai pelik-pelik individu macam ni. Kemungkinan besar mereka ada masalah jiwa yang tak diketahui.

Lebih baik kita ucapkan perkara yang baik-baik dan sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang telah pergi. 

Baca: “Hampir setiap minggu datang” – Ustaz Dedah Sifat Pemurah Ashraf, Rupanya Penyumbang Tetap Rumah Anak Yatim

Ashraf Penderma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.