in

Fitness Coach Jelaskan Kenapa Orang Overweight Patut Elakkan Diri Daripada Hiking

Hikingcoach

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan isu mengenai individu yang beratnya 137kg parah ketika mendaki hangat diperkatakan, jurulatih kecergasan Zainul terpanggil untuk berikan sedikit info kepada kita.


Baginya golongan Overweight ini sepatutnya tidak patut melakukan aktiviti ini. Kalau korang rasa hiking ini salah satu alternatif untuk turun kan berat badan, ianya salah untuk golongan overweight.

 

Hiking – ada impak tinggi

“sebab apa aku selalu pesan, kalau overweight jangan join hiking sehingga capai berat ideal. Hiking – ada high impact activity (especially masa turun) yang bagi impact pada ligaments and joints. kalau ada idea nak ajak kawan overweight hiking, please don’t.”

Hiking Hiking2

Kalau ikut logik, biasanya orang yang berat badannya berlebihan ini, otot mereka tidak kuat. Jadi kalau kita ‘paksa’ badan untuk membuat aktiviti-aktiviti yang lasak, sudah semestinya ia akan mendatangkan kemudaratan pada diri.

Terutamanya di bahagian ligamen dan sendi, perlu diperkuatkan lagi secara berperingkat. Macam mana nak buat? Baca ni.

Hmm, jika ada antara korang yang ingin turunkan berat badan, bertenang dan jangan terlalu gopoh, sehinggakan memaksa ini untuk dapatkan hasil yang ketara.

Lebih-lebih lagi kalau korang overweight, nak melakukan aktiviti lasak, kena berpada-pada. Tingkatkan stamina dulu sebelum memulakan sebarang senaman yang lebih berat, hiking? Bukan caranya (kalau korang overweight)

 

Baca : “Dah gemuk tak payahlah buat aktiviti lasak” – Persatuan Hiking ‘Sekolahkan’ Netizen Facebook Suka Hina Fizikal Orang Lain

Hiking3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.