Selalunya wanita yang akan buka mulut dan kongsi pengalaman didera secara seksual. Jadi, bila ada lelaki yang berani untuk kongsikan benda macam ni, ia boleh buka mata orang lain untuk tahu tak kira lelaki atau perempuan, dua-dua berpotensi untuk jadi mangsa seksual.
Baru-baru ni, seorang lelaki, Wan dengan beraninya kongsikan pengalaman dia dua kali mengalami serangan seksual semasa dia kecil kepada netizen di Twitter dengan harapan supaya semua orang faham, sesiapa pun boleh menjadi mangsa.
Menurut lelaki ini, semasa dia berumur 11 tahun, seperti biasa, pada hujung minggu, dia akan pergi rumah jirannya yang berumur 15 tahun untuk bermain Playstation 2.
Namun berbeza dengan hari yang lain, semasa Wan sedang bermain game, jiran dan kawan-kawannya busy tengok video porn 3gp beramai-ramai.
Tiba-tiba, dorang mula buka seluar dan muka onani beramai-ramai sebelum pergi ke arahnya dan menahan badan dia sambil sambung masturbate dan seterusnya ejakulasi pada muka lelaki ini.
Tak cukup dengan tu, dorang ramai-ramai sapukan air mani dorang ni pada muka Wan. Apa masalah dorang sebenarnya ni?
Wan mengatakan dia menangis satu hari tapi keluarganya tak pernah tahu pasal benda ni. Apa yang menyedihkan lagi, ini bukan kali terakhir dia diserang secara seksual…
Kali kedua, ketika Wan beli pisang goreng berdekatan dengan rumahnya, dia mengatakan yang akak jual goreng pisang ini mengajak dia ke rumahnya kerana akak ni dengan tak sengajanya tertumpahkan air pada bajunya.
Awalnya, Wan tak faham kenapa nak kena pergi ke rumah wanita ini sebab kalau nak dibandingkan, rumah dia lagi dekat.
Bila tiba di sana, wanita tersebut terus buka baju lelaki malang ini hingga dia telanjang bulat sebelum ‘mengurut’ kemaluan lelaki ini.
Katanya, semua ini berlaku terlalu pantas hingga dia tak boleh nak proses apa yang berlaku. Dia lari ke rumahnya dalam keadaan telanjang dan cepat-cepat pakai seluar sebelum ibunya sempat perasan keadaannya.
“Apa yang saya boleh cakap sekarang, kalau korang rasa tak ada orang faham kesakitan yang korang alami, saya faham dan saya akan sentiasa fight untuk mangsa-mangsa macam korang.”
Bukan tu je, Wan juga mengharapkan kita semua menjadi masyarakat yang lebih baik dan faham yang semua orang boleh jadi mangsa. Juga boleh terjadi pada ahli keluarga sendiri.
So, jom lah kita sama-sama lebih peka dengan apa yang berlaku pada adik, kakak, abang dan anak-anak kita. Sentiasa tanya dan bersedia untuk dengar apa yang dorang nak kongsikan.