Pemakaian pelitup muka adalah antara perkara terpenting semasa zaman COVID 19 ni. Demi nak memastikan orang ramai patuh dengan arahan ini, SOP ditetapkan dan mereka yang langgar SOP ini akan dikenakan kompaun oleh polis.
Pun begitu, baru-baru ini viral di TikTok, Ketua Polis Kuala Lumpur dalam satu wawancara di TV dilihat tidak memakai pelitup muka.
@dayangdamitoo sruh sgt rakyat ikut sop…dia sdri pun x ikut sop..mask mn mask…
Tidak puas hati dengan situasi itu, pengguna TikTok terbabit mempersoal tindakan ketua polis berkenaan yang dianggap salah kerana melanggar SOP dan boleh dikenakan saman.
Sekarang ini Dato ni tak pakai mask…Dia suruh orang ikut SOP tapi mask dia mana? Jadi kita saman dia….” katanya.
“Kalau dia pakai mask macam mana nak bercakap dekat microphone”
Video tersebut mendapat komen yang pelbagai di kalangan netizen, yang mana ada yang menyokong kenyataan individu tersebut dan ada pula yang menganggap ketua polis berkenaan mempunyai sebab berbuat demikian.
Ketua Polis Kuala Lumpur perjelas isu viral
Susulan viralnya isu tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim tampil dengan satu kenyataan rasmi hari ini untuk menjelaskan isu tersebut.
Menurutnya, beliau hanya membuka pelitup muka sejurus sebelum wawancara bermula dan terus memakai semula pelitup muka sebaik selesai wawancara tersebut.
Disebabkan sesi wawancara tu diadakan secara live untuk slot berita sebuah stesen TV, pemakaian mask bimbang dapat mengganggu kejelasan penyampaian mesej kerana lokasi tersebut juga agak bising.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1391635686030151680
Diharapkan perkara ni dapatlah menjelaskan persoalan yang berlegar di minda netizen.
Baca: Majlis Tahnik Anak Tokti Didakwa Langgar SOP, Pihak Polis Akan Panggil Penganjur Bagi Bantu Siasatan