in

“Sekali tengok bilik dia, ya Allah… macam tong sampah, penuh sampah sana sini!”

Kotor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pantang kalau ada kisah mengenai rumah atau bilik sewa yang kotor, seperti sudah melekat satu stigma yang ini semua pasti kerja anak dara yang tak reti mengemas. Skeptikal begini membuatkan anak dara sering dipandang sebagai pemalas dan hanya pandai melawa namun tak pandai nak buat kerja rumah.

Pun begitu, tidak semua masalah bilik atau rumah sewa yang kotor ini datang dari anak dara. Anak teruna pun dua kali lima!


Menerusi perkongsian di Facebook, Mohd Hafriz Haiqal telah memuatnaik beberapa keping gambar akan keadaan bilik sewa di pangsapuri Bukit Beruntung, Selangor yang dihuni seorang lelaki dalam keadaan kotor.

19748539 1335334193230321 7065086975965982986 N
sumber: facebook

Lelaki yang berusia 21 tahun itu merupakan sahabat baiknya yang juga sudah tidak membayar sewa sejak enam bulan lepas.

Menurut Hafriz yang juga peniaga pakaian online, rakannya telah menghuni bilik tersebut sejak dua tahun lepas setelah dia memujuk bapa saudaranya untuk membenarkan rakannya tinggal di situ.

Mereka juga sudah bersahabat sejak enam tahun lepas dan Hafrizlah yang telah membantu untuk mencarikan rumah buat rakan baiknya tinggal.

Rumah tersebut akhirnya disewa pada RM200 sebulan. Pun begitu, semenjak sahabatnya berhenti kerja, dia tidak lagi membayar sewa sejak enam bulan lepas dan meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang sangat kotor.

19895025 1335334273230313 7370584045876393128 N
sumber: facebook

Menurut Hafrizal dalam perkongsiannya,

Sekali tengok bilik dia ya Allah, tak tahu nak cakap apa. Macam tong sampah, penuh sampah sana sini. Sampah dah busuk berulat-ulat. Pinggan mangkuk kotor, semua ada dalam tu tak terbasuh dah berkulat. Sampai tilam bantal tempat dia tidur pun dah naik kulat.” 

19732067 1335334349896972 5695633957499457297 N
sumber: facebook
19732022 1335334509896956 1136179894104646578 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, Hafriz baru mengetahui akan keadaan tersebut apabila bapa saudara memaklumkannya sebelum dia memeriksa bilik berkenaan dua minggu lalu, lapor Harian Metro.

“Bapa saudara mesej saya beritahu dia tak bayar sewa. Makan minum pun bapa saudara saya yang tanggung. Bila bapa saudara dah buka mulut, saya jadi segan kerana saya yang pujuk dia dahulu,” katanya.

Bapa saudara Hafriz juga ada mengadu tentang duit dan barangnya yang hilang. Namun bila ditanya kepada sahabatnya itu sama ada dia ada terambil ataupun tidak, sehingga sekarang mesej bapa saudaranya tidak berjawab. Ish, ish, ish!

Walau bagaimanapun, Hafriz yang juga menetap di rumah tersebut berharap sahabatnya akan membayar wang sewa yang tertunggak, di samping datang membersihkan bilik berikut.

Hal pemalas atau rajin dan pengotor atau pembersih ini tidak boleh dinilai dengan jantina. Ia masalah sikap. Kalau sikap tidak diubah, sampai bilalah-bila macam tu juga. 

Baca: 7 Jenis ‘Housemate’ Yang Boleh Buat Anda Pening Kepala

Housemate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.