in

“Sedikit terlalai, anak jadi mangsa” – PDRM Minta Ibu Bapa Pantau Anak Main TikTok, Takut Jadi Mangsa Sexual Grooming

Groom

Sudah menjadi trend, tak kira tua atau muda, yang bercucu mahupun baru setahun jagung usia kini bermain aplikasi Tik Tok.

Memang tak dapat dinafikan aplikasi Tik Tok ni sangat menghiburkan dan boleh release stress pengguna aplikasinya. Namun kalau salahguna, aplikasi ni mungkin boleh mendatangkan keburukan terutamanya kepada remaja di bawah umur. 

 

‘Ibu bapa, sila pantau anak kecil anak bertiktok’ 

Melalui perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia, PDRM memberi peringatan buat ibu bapa untuk pantau anak kecil mereka semasa menggunakan aplikasi Tik Tok.

Hal ini kerana, baru-baru ni viral satu kes di luar negara melibatkan pelaku seksual yang katanya tengah ‘grooming’ budak bawah umur ini dengan aksi lucah yang dimuat naik ke Tik Tok. Serammm! 

“Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara. Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai cara antaranya nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.

“Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).

“Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran berTikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming); meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.”

115941526 3401630083180608 9066081098666668251 O

 

“Sila pantau dengan siapa anak anda bertiktok” – PDRM

Tambah PDRM lagi, video Tik Tok tersebut takut pula nanti jadi simpanan atau koleksi peribadi individu pedofilia yang lain.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk para ibu bapa memantau jenis video apakah yang dimuat naik anak-anak mereka dan dengan siapa mereka bertiktok.

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.710790042264639/3401630079847275/?type=3

Dalam dunia sekarang ni, eloklah ibu bapa pantau perilaku anak-anak. Takut nanti bila dah terlambat, apa pun tak boleh buat… 

Baca: Kementerian Pertahanan Tegur Warga ATM Main Tik Tok

Atm

 

Sumber: Facebook