in

Kementerian Pertahanan Tegur Warga ATM Main Tik Tok

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aplikasi Tik Tok ni makin lama makin popular dan makin ramai yang gemar buat macam-macam gaya guna app tu. Bukan kata budak-budak je, orang dewasa pun dah habis terjebak dengan aplikasi ni. Guru, jururawat, polis dan tentera, habis semua dok main benda ni.


Tapi lepas ni nampaknya anggota tentera dah tak boleh main aplikasi Tik Tok sebab dah kena sound dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Alamak! Peringatan yang diberikan ni baru je dimuat naik di akaun Facebook Kementerian Pertahanan.

37373978 1992781417399363 5374997123920035840 N
sumber: facebook

Dalam entri tersebut pihak Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) memaklumkan bahawa dorang menyedari tentang penggunaan aplikasi Tik Tok yang semakin menular dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Oleh sebab tu, dorang ambil inisiatif untuk mengeluarkan amaran dan peringatan ni kepada semua anggota tentera.

Menurut CDOC, penggunaan aplikasi ini dilihat boleh menjejaskan imej perkhidmatan dan anggota tentera diingatkan untuk mematuhi tatacara dan kriteria semasa memuat naik kandungan di media sosial. Antara tatacara memuat naik kandungan yang ditetapkan adalah:

  1. Tidak menjejaskan imej ATM.
  2. Tidak mempunyai niat (secara sengaja atau tidak sengaja) untuk mengaibkan individu atau kumpulan tertentu.
  3. Tidak memuat naik gambar-gambar yang melambangkan anda seorang tentera.
  4. Tidak dibenarkan muat naik video Tik Tok semasa berpakaian uniform.
T3 1
sumber: youtube

CDOC juga mengakhiri entri tu dengan mengingatkan anggota tentera bahawa dorang tu bukan artis mahupun bahan publisiti murahan. Jadi jangan malukan diri sendiri dan ATM. Ha kan dah kena sound setepek tu!

Bila tengok entri ni, ramai netizen setuju yang memang patut pun Kementerian Pertahanan keluarkan peringatan macam ni. Katanya bukan calang-calang orang boleh pakai uniform ni, jadi kena la respect uniform tuBetul tu!

Setuju
sumber: facebook

Ada jugak yang berpendapat Tik Tok ni kita kena mintak kerajaan sekat terus je supaya tak boleh digunakan dah kat Malaysia. Dorang jugak rasa macam badan beruniform ni perlu diambil tindakan kalau layan Tik Tok sebab memalukan kerajaan je.

Sekat
sumber: facebook

Jadi kepada anggota tentera semua, seeloknya fikir dulu sebelum muat naik something kat media sosial supaya tak cemarkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia tau!

Baca: Polis Dimalukan Orang Awam Kutip Dan Pulangkan Sampah Yang Dibuangnya Dari Kereta

Ok 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.