in

“Sedihnya saya, macam mana nak pujuk suami?” – Netizen Terbahak Baca Kisah Suami Merajuk Gara-gara Isteri Terpecah Telur Kuning

Pecah Telur Kuning

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betullah orang tua-tua selalu kata, kehidupan berumah tangga ini ada banyak ujian dan ragamnya. Kalau kita tak kuat nak lalui semua ini, itulah yang jadi punca kepada penceraian dengan alasan yang merapu macam suami tak suka isteri basuh baju waktu malam atau makan di dalam kereta. Ah serius admin tak boleh brain! 



Tapi dalam perkongsian terbaru di page Kisah Rumah Tangga baru-baru ini, admin agak bersimpati dengan nasib seorang isteri yang dalam dilema lepas suaminya merajuk gara-gara dia terpecah telur kuning kegemaran lelaki itu. Adoi cian akak ni ye…

Giphy 2

 

“Semalam saya cucuk dengan garfu telur kuning dia sampai pecah. Dia merajuk sampai hari ni, tak pernah merajuk lama macam ini” 

Bunyi macam tak logik tapi rasanya lepas ini para isteri janganlah buat main dengan hal makan minum suami terutamanya telur kuning! Tapi dalam luahan si isteri ni, admin kesian jugak part dia terpaksa dodoikan suaminya waktu malam tu. Macam-macam ragamSmiley Tongue Out

Dsvxne9Vyaaslsf
sumber: twitter

 

“Kau gorengkan telur dia pulak, telur tu memang susah sikit nak pecahkan” 

Kalau dah masuk media sosial, biasalah netizen mesti akan bagi solution yang merapu dan tak masuk akal langsung. Ketawa terbahak-bahak admin baca. Siap ada yang suruh si isteri beli buaian karan buat dodoi suami yang terlebih manja tu!

Cocok
sumber: facebook
Sabar Jelah
sumber: facebook
 

“Aku nak pesan satu perkara je. Lelaki dah kawin ni cukup sensitif bab telur, silap besar kau dah pecahkan telur kuning dia” 

Bila admin baca komen-komen netizen, tak sangka pulak telur kuning memang perkara sensitif buat para lelaki. Ramai pulak yang suka makan telur kuning rupanya… Ah gitew!

Kuning Telur
sumber: facebook

“Itulah manisnya rumah tangga kak… hari ini kita rasa rimas, suatu hari andai jodoh tak panjang…” 

Tapi ada betul jugak kata netizen yang satu ni, biasalah adat berumah tangga, ada je benda pelik-pelik yang pasangan kita buat. Tapi katakanlah kalau satu hari nanti suami dah tak ada, haa mesti korang rindu manja mengada-ngada dia ni kan?

Layan
sumber: facebook
Papepun admin doakanlah semoga suami confessor kat atas ni tak merajuk lagi dah dan jangan buat isteri yang baru lepas pantang tu berserabut kepala. Lepas ni isteri kena take note jangan pecahkan telur kuning suami. Kang merajuk berpanjangan… sian betul!

Baca: “Malu tapi sedap” – Suami Termakan Godaan Bapa Mertua ‘Kunyit’ Terlanjur Waktu Isteri Berpantang

Malu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.