in

“Sedih dia jatuh sekelip mata” – Lepas Dedah Sisi Hitam Kim Seon-ho, Ex-GF Mohon Maaf & Akui Berlaku Salah Faham

Bekas Teman Wanita Kim Seon Ho Minta Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan isu pengguguran bayi bekas teman wanitanya, aktor k-drama, Kim Seon-ho yang terkenal dalam siri Hometown Cha Cha Cha semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada semua.

Unnamed 2

Isu besar tersebut telah memberi impak mendalam kepada pelakon terbabit sehinggakan namanya digugurkan daripada rancangan variety, filem dan beberapa drama termasuklah jenama-jenama yang telah menggunakannya sebagai duta barangan mereka.


 

“Saya sedih melihatnya jatuh sekelip mata…” 

Setelah isu tersebut tular dengan hebatnya, bekas teman wanita Kim Seon-ho tiba-tiba telah mengeluarkan kenyataan baru dan memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang menyinggung hati pelbagai pihak, lapor Koreaboo.

1337976

Menurutnya, dia berasa sedih melihat karier aktor tersebut punah dengan sekelip mata dan mengakui berlaku ‘salah faham’ di antara mereka berdua. Aik? 

Saya meminta maaf kerana menyakiti ramai orang tanpa sengaja dengan entri tersebut. 

“Terdapat masa di mana saya dan orang itu (Kim Seon-ho) sangat mencintai antara satu sama lain. Saya berasa sedih apabila melihatnya jatuh dengan sekelip mata disebabkan post ekstrem yang ditulis saya. 

“Saya juga telah menerima permohonan maaf daripadanya, dan nampaknya berlaku salah faham di antara kami berdua. 

“Saya berharap tiada lagi berita palsu akan dikeluarkan dan tiada lagi perincian mengenai hubungan kami akan dikeluarkan dan disebarkan. Saya merasa terbeban kerana insiden ini telah menyebabkan kesusahan buat ramai orang. 

“Saya akan padam entri ini nanti,” tulisnya.

Evvkgoovaaaj0Ek 1634704136805889850319
Bekas teman wanita kim seon-ho

Sementara itu, bekas teman wanita pemain watak ‘Hong Banjang’ ini juga mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang bagi sesiapa yang mengugut mencederakannya dan melanggar privasinya.

Peminat aktor itu juga pada masa yang sama kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan wanita berkenaan dan menganggap perkara ini menjadi punca kepada kejatuhan karier aktor terbabit.

Cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku di Malaysia… agak-agak pelakon kita kena cancel sampai macam ni juga ke? 

Baca: Pelakon Utama KDrama ‘Hometown Cha Cha Cha’ Buat Permohonan Maaf Terlibat Isu Gugurkan Kandungan GF

Hometown Cha Cha Cha Kim Seonho Kontroversi

Sumber: Koreaboo
Sumber: The Star
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.