Berada di tangga top 10 rancangan paling banyak ditonton di Netflix, admin yakin ramai peminat k-drama ada menonton ‘Hometown Cha Cha Cha’ kan?
Siri ini baru saja menutup tirai tayangannya pada Ahad lepas dengan rating tertinggi sepanjang siarannya yang mana pelakon utama drama tersebut juga, Kim Seon-ho dan Shin Min-ah mendapat pujian ramai.
Walau bagaimanapun, sebaik saja selesai drama tersebut ditayangkan, muncul pula isu kontroversi mengaitkan Kim Seon-ho yang membuatkan peminat drama tersebut terkejut secara tiba-tiba.
Suruh teman wanita gugurkan kandungan?
Menurut Allkpop, kisah ini mula terbongkar apabila seorang wanita mendakwa sebagai bekas kekasihnya telah mendedah kisah sedih yang terpaksa dia lalui kerana aktor tersebut.
Menerusi sebuah entri di forum, wanita itu mengatakan aktor tersebut yang menjadi teman lelakinya pada tahun 2020 telah meminta dia menggugurkan kandungan selepas mengetahui dia hamil.
Walau bagaimanapun, wanita itu telah disahkan mengalami rahim yang lemah dan doktor mengatakan ia agak sukar untuk dia hamil lagi jika kandungan tersebut digugurkan.
Pelakon itu kemudian berjanji untuk berkahwin dengannya 2 tahun lagi dan wanita itu katanya hanya menerima 2 juta won bagi membayar prosedur tersebut yang pada asalnya bernilai 900 juta won.
Semuanya kemudian berubah selepas insiden berkenaan apabila pelakon itu tidak mengendahkannya dan berpisah tanpa memohon kemaafan.
Aktor yang dikatakan itu juga kini sedang menempa nama dan telah menjadi wajah kepada pelbagai jenama.
Kim Seon-ho mohon maaf kepada bekas kekasih
Selepas tiga hari isu tersebut tersebar dengan penuh tanda tanya, akhirnya pelakon utama yang memegang watak Hong Du-shik atau Hong Banjang ini telah membuat permohonan maaf kepada bekas kekasihnya.
Menurut aktor tersebut, dia berharap dapat bertemu dengan wanita tersebut untuk memohon maaf akan apa yang terjadi namun buat masa ini situasi agak tidak mengizinkan.
Ini ialah Kim Seon-ho. Pertama sekali, saya benar-benar mohon maaf atas kenyataan ini. Apabila saya melihat nama saya pada artikel tersebut beberapa hari lepas, saya merasa takut yang tak pernah dilalui sebelum ini.
“Saya bercinta dengan wanita ini dengan perasaan yang baik. Tapi dalam proses tersebut, saya telah menyakitinya dengan menjadi tidak bertimbang rasa dan penuh kekurangan.
“Saya ingin bertemu dengannya dan meminta maaf secara berdepan, tetapi saya tak mampu memberi kata maaf sekarang dan hanya menanti masa yang sesuai. Buat masa ini, saya ingin memohon maaf dengan sejujurnya kepada dia menerusi kenyataan ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia juga memohon maaf kepada mereka yang menyokong dan mempercayainya selama ini termasuklah krew produksi yang terlibat.
Korang boleh baca kenyataan lanjut Kim Seon-ho di sini.
Permohonan maaf dari pelakon ini telah membuatkan rata-rata peminatnya berasa sedih dan terasa seperti dikhianati kerana meminati aktor tersebut semenjak lakonannya dalam k-drama Start-Up lagi.
Apa-apapun admin harap korang semua bertabahlah. Mujur dan selesai tengok Hometown Cha Cha Cha ye.
Baca: Viral Tentang Ura-Ura Park Seo Joon Bakal ‘Join’ Captain Marvel 2, Peminat KDrama Excited!