Bazar Ramadan merupakan lokasi wajib dikunjungi setiap kali ramadan menjelang tiba. Tidak hanya masyarakat yang beragama Islam bahkan mereka yang bukan Islam juga turut sama membeli di kawasan ini.
Meskipun pelbagai juadah enak dijual seperti lauk pauk, kuih muih dan segala jenis air yang hanya ‘muncul’ pada bulan ramadan, persoalannya bagaimana dengan kualiti kebersihan makanan dan minuman yang dijual?
Adakah peniaga benar-benar jujur dalam menghasilkan makanan dan minuman tersebut?”
Perkongsian Fendy Rusli Upp di facebook pada 27 Mei lalu mendapat perhatian ramai netizen, apabila dia memuatnaik gambar peniaga yang menggunakan air paip sewaktu menghasilkan air untuk dijual di bazar ramadan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2439899829368308&set=a.503907109634266&type=3&theater
Posting yang dimuatnaik pada 27 Mei sehingga kini memperoleh 5.9k shares dan lebih 1.6k likes di facebook dan ia nyata mengejutkan ramai pihak.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa yang dialami lelaki ini.
Bagaimanapun dalam yang menyokong dan berkongsi pengalaman masing-masing, ada juga pihak yang mengecam tindakan lelaki ini yang terus viralkan peniaga tersebut tanpa menegur terlebih dahulu.
Siap kata ‘bodoh’ lagi..hurmmm
Tapi bila admin semak balik perkongsian lelaki ini, katanya dia dah banyak kali tegur peniaga tersebut namun tidak diendahkan. Malah peniaga itu tetap meneruskan ‘kegiatan’ tersebut.
Mungkin ini jalan terbaik nak sedarkan orang ramai sekaligus peringatan kepada peniaga tersebut, well kesian kepada pengguna yang membeli.
Kat bawah ni pula merupakan gambar air paip dan water filter, lokasi tempat peniaga tu ambil air sebelum dijadikan air balang dan dijual kepada pengunjung bazar ramadan tersebut.
Memang ‘bersih’ betul lah!
Admin mungkin tak ada pengalaman sebagai peniaga dan admin bukanlah PU yang pandai memberikan nasihat tapi bagi admin kalau kita berniaga biarlah jujur dan ikhlas baru rezeki tu berkat #donedakwah