in

“Biar mak tak makan, jgn sampai anak kebuluran” – Wanita Dan 7 Anaknya Sambut Ramadan Dengan Nasi Berlaukkan Garam

Featured 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini memasuki hari ke-12 Ramadan, pastinya pelbagai juadah enak sudah dinikmati khususnya memasuki waktu berbuka.


Namun berbeza dengan apa yang dilalui wanita ini, Marsyila Zakaria bersama 7 anaknya yang menetap di PPR Tun Razak, Bandar Tasik Selatan.

Ramadan yang mereka lalui ibarat tiada sinarnya apabila terpaksa menjalani bulan mulia ini tanpa seorang suami dan bapa di sisi.

 

Terpaksa ambil kerja basuh baju sebakul RM5, lepas suami masuk Pusat Pemulihan

Memetik Malaysia Gazette, sejak suami Marsyila ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu dan akan menjalani tempoh selama 2 tahun di sana, dia dengan anak-anaknya terpaksa menjalani hidup yang lebih susah.

Malah mereka anak beranak pernah makan nasi berlaukkan garam selama beberapa hari kerana tiada wang untuk membeli makanan.

1 20
Sumber : malaysia gazette

Malah ada satu tahap dia terpaksa tebalkan muka mengetuk pintu rumah jiran bagi meminta telur goreng bagi menukar selera anak-anaknya. Malah telur itu dihancur-hancurkannya supaya semua dapat merasa.

Biarlah ibu yang tidak makan, namun jangan sampai anak-anak kebuluran”

Bagi meneruskan kehidupan menyara kesemua anaknya, Masryila bekerja sebagai pencuci pakaian dari rumahnya dengan kadar bayaran RM5 sebakul. Malah baju tersebut dicuci menggunakan tangannya sendiri.

Menyedihkan, sekiranya tiada baju yang diterima pada hari tersebut dia sendiri akan keluar berjalan kaki sejauh 1 Kilometer semata-mata mencari pelanggan yang ingin mencuci baju.

Malah dia juga sanggup mencuci rumah dan pakaian dengan kadar RM30 sahaja.

“Sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, saya akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.”

“Sepanjang saya keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.”

 

Pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk

Katanya dia bersyukur kerana memiliki jiran yang ringan menghulurkan bantuan. Jelasnya dia akan sedaya upaya mencari kerja bagi mendapatkan sumber pendapatan dan bukan jenis meminta-minta.

Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,”

Menceritakan kisah hidupnya, Marsyila berkata sebelum ini hidupnya lebih selesa sedikit kerana suaminya melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.

Marsyila berkata anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) bagaimanapun anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.

3 9
Sumber : malaysia gazette

Menurut ibu kepada 7 anak itu, keluargan mereka tidak terkecuali mendapat bantuan barangan asas daripada Baitulmal bernilai RM300selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.”

“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.

Katanya bagaimanapun dia bersyukur masih ada pihak yang bersimpati dengan keluarnya meski dia hidup serba kekurangan.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria.

 

Baca : Nampak miskin pada harta, tapi jiwanya kaya Penjual Sayur Miskin Ini Dipuji Rajin Bersihkan Jalan di Taiping, Tak Kira Siang  Malam

Www 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.