in

Gara-gara Degil Tak Patuh Arahan, Powerbank Milik Warga China Terbakar Dalam Kapal Terbang

Ft Poerbank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara kedegilan seorang penumpang, penerbangan Batik Air dari Ujung Padang ke Jakarta jadi kecoh apabila powerbank milik penumpang dari China tersebut secara tiba-tiba terbakar semasa berada di dalam kapal terbang.

Menurut satu hantaran di Threads, pihak syarikat penerbangan itu sudah memberikan peringatan kepada para penumpang bahawa membawa alat mengecas telefon bimbit itu dilarang namun penumpang itu tidak mengendahkannya.


Artikel berkaitan: Ada 60 Soket Untuk Cas Telefon, YouTuber Cipta Powerbank Gergasi, Siap Boleh Basuh Baju Lagi!

Artikel berkaitan: Gadis Didatangi Seorang Wanita Untuk Meminjam Powerbank Namun Rupa-rupanya Wanita itu…

Powerbank terbakar masa kapal terbang sudah berlepas

Menurut pengguna Threads @dominicuk, kejadian itu berlaku semasa 20 ke 30 minit selepas pesawat itu berlepas dan dalam video yang dilampir, dilihat suasana di dalam pesawat menjadi kecoh akibat panik.

 

View on Threads

 

Bagaimanapun, situasi menjadi terkawal dan anak kapal telah berjaya mengendalikan kes tersebut dengan selamat dan berjaya menenangkan penumpang lain.

Malah pesawat Batik Air ID6143 itu juga dilaporkan selamat mendarat penumpang tersebut dilihat telah ditahan oleh kru kabin yang bertugas.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata meluahkan rasa bimbang dan mengecam tindakan penumpang tersebut.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.