Pelakon Puteri Balqis memaklumkan bahawa ibunya, Norashikin Mohd Aziz kembali mengalami ketumbuhan cyst buat kali kedua dalam tempoh 2 bulan.
Katanya, ketumbuhan tersebut membuatkan ibunya tidak boleh berjalan langsung dan saiznya diibaratkan sebesar separuh daripada buah epal.
Artikel berkaitan: “Saya pernah jumpa dia sekali sahaja” – Mia Sara Tampil Bersihkan Nama, Nafi Pernah Buli & Hina Puteri Balqis
Artikel berkaitan: Ada Orang Tuduh Bapa Tiri Penagih, Puteri Balqis Tuntut Bukti Daripada ‘Haters’
“Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tak boleh jalan langsung. Cyst sudah besar separuh epal”

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut meluahkan rasa sebak terkenangkan perubahan ibunya sekarang.
“Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak. Ini sudah sakit balik. Sunyi balik bila balik rumah.”
Dalam hantaran yang sama, Puteri Balqis turut memohon kepada orang ramai yang mempunyai pengalaman atau sebarang tips untuk kongsikan kepadanya dalam mengharungi dugaan ini.
Selain, itu Puteri Balqis turut memaklumkan bahawa ibunya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) seminggu sebelum diserang cyst berkenaan.
Di samping itu, Puteri Balqis turut meluahkan rasa terharu terhadap bapa tirinya yang sentiasa berada di sisi ibunya ketika melalui detik-detik sukar ini.
Sumber: Instagram
