Pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal dan menggunakan ventilator perlu diberi rawatan dengan rapi di hospital. Namun, malang bagi seorang lelaki ini apabila dia meninggal dunia disebabkan kecuaian ahli keluarganya sendiri.
Menurut Guff News, lelaki tersebut sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Maharao Bhimsingh dekat Rajasthan, utara India.
Difahamkan pada 15 Jun lepas, ahli keluarganya berada di dalam bilik rawatan dan mula berasa panas. Tanpa berfikir panjang, mereka telah mematikan suis ventilator tersebut untuk menghidupkan penghawa dingin.
Menurut Times Now News, keluarga lelaki itu membawa penghawa dingin bergerak atau cooler dari rumah yang perlu dipasangkan menggunakan suis. Jadi, disebabkan itu mereka matikan suis ventilator untuk gantikan dengan suis cooler tersebut.
Beberapa minit selepas itu, keadaan lelaki tersebut semakin parah kerana ventilator kehabisan bateri. Keluarga kemudian memaklumkan kepada doktor yang terus melakuan bantuan CPR namun lelaki itu gagal diselamatkan.
Malangnya, mangsa yang dalam keadan kritikal itu disahkan meninggal dunia. Namun, ahli keluarga sebaliknya dikatakan telah memaki hamun doktor tersebut dan kakitangan hospital serta menyalahkan mereka atas kematian tersebut.
In Kota, patient attendants were feeling warm, so they disconnected ventilator plug and plugged in an air cooler. After ventilator battery ran out, patient's condition worsened and patient died. Resident doctor then verbally assaulted.
Would not believe it if i had not read it pic.twitter.com/aPj3924bdk— Anant Bhan (@AnantBhan) June 16, 2020
Boleh visit pesakit Covid-19? Biar betul??