in

Ahli Keluarga Atau Housemate Positif Covid-19? Doktor Ajar 5 Cara Hantar Mereka Sendiri Ke Hospital

Ft Cara Hantar Orang Jangkit Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan penularan varian Delta Covid-19 ini, ia pasti mendatangkan kebimbangan kita terutamanya mereka yang masih belum lengkap 2 dos vaksin. Ia kerana varian ini bukan sahaja mudah menjangkiti bahkan meragut nyawa sesiapa pun.


Kita tak boleh nak jangka jika kemungkinan orang terdekat malah kita sendiri boleh dijangkiti positif Covid-19. Dengan kes harian yang masih tinggi ini, mungkin agak susah untuk tunggu pihak KKM datang ambil jika dijangkiti virus tersebut.

Oleh itu, seandainya ada orang terdekat kita yang duduk serumah positif Covid-19, Dr Hana Hadzrami ada kongsikan cara-cara nak hantar mereka menggunakan kenderaan sendiri.

 

1. Pemandu perlu pakai PPE asas

Cara Hantar Orang Jangkit Covid

Memandangkan anda jadi pemandu dan tidak disahkan positif, anda memainkan peranan penting untuk membuat perlindungan lebih.

Kata Dr Hana, antara PPE asas adalah, pelitup muka (seeloknya jenis N95), pelindung muka, sarung tangan dan jika ada apron plastik, pakai. Sementara itu, pesakit pula hanya perlu pakai 3-ply pelitup muka sahaja.

 

2. Amalkan jarak fizikal di dalam kereta

Cara Hantar Orang Jangkit Covid 2

Macam mana tu? Pesakit perlu duduk di belakang dan duduk di bahagian berlawanan dengan pemandu. Untuk mudah faham, pemandu di hadapan kanan dan pesakit duduk di belakang kiri. Kalau boleh cuba jarakkan diri masing-masing sebaik mungkin.

 

3. Pastikan pengaliran udara cukup dalam kereta

Elakkan daripada menggunakan penghawa dingin, anda perlu buka tingkap, ia bagi mengurangkan transmisi virus lebih daripada 50 %, kata Dr Hana.

Seandainya anda memandu perlahan, mungkin faktor kesesakan jalan atau kawasan perumahan, anda digalakkan untuk membuka semua tingkap. Tapi kalau hujan macam mana?

 

4. Buka tingkap separuh, berlawanan dengan tempat duduk penumpang

Selain itu, tingkap berlawanan pemandu juga perlu dibuka (tingkap kiri depan, tingkap kanan belakang). Selain itu, anda juga perlu buka tingkap setiap 10 minit.

 

5. Lap seluruh permukaan kereta & sanitize

Panduan membawa pesakit COVID-19

Panduan jika anda perlu membawa pesakit COVID-19 ke hospital menggunakan kenderaan sendiri. Pesakit COVID-19 yang mengalami gejala yang semakin teruk terutama sesak nafas perlu segera ke hospital.Kredit Dr Hana Hadrazmi Medical Mythbusters Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, September 10, 2021

Setelah sampai ke rumah, jangan lupa untuk lap dan nyah kuman seluruh permukaan kereta. Penting untuk anda mandi sejurus sampai bagi mengelakkan kebarang kalian penyebaran virus.

Perkongsian ini telah dikongsikan sendiri oleh laman Facebook rasmi KKM dan raih 1.8 juta tontonan dalam masa 3 hari ia dimuat naik.

Apapun, diharap anda semua jangan panik dan dilihat kes sekarang dah semakin menurun, sama-sama kita doakan bahawa jangkitan akan semakin berkurangan pada masa akan datang.

 

Baca : Jangan Guna Spray Gun Berlebihan, Boleh Beri Kesan Iritasi Pada Kulit & Mata –  Dr Izzar

Risiko Penggunaan Spray Gun Kesan Iritasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.