Ini bukanlah kali pertama kita dengar berita tentang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital. Sebelum ini, beberapa kes dilaporkan tentang pesakit positif virus itu yang lari dari wad di hospital namun kali ini, seorang lelaki ‘cabut’ sebelum sempat dimasukkan ke wad.
Menurut Berita Harian, suspek bernama Firdaus Abdul Halim itu kini diburu pihak polis selepas melarikan diri dari Hospital Lahad Datu kira-kira jam 8.07 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata suspek berusia 30 tahun itu telah dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu selepas mengadu demam dan hilang deria rasa.
Suspek kemudian disahkan positif selepas menjalani ujian calitan RTK Covid-19 di hospital terbabit namun telah melarikan diri sewaktu proses dokumentasi dijalankan.
Ketika proses dokumentasi dijalankan oleh kakitangan hospital, suspek melarikan diri.”
Menurut Rohan lagi, orang ramai yang mengenali suspek dan mempunyai maklumat boleh maklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau balai polis berhampiran.
Baca: Kecoh! Pesakit Panjat Siling Wad, Cuba Larikan Diri Dari Hospital